Isi Maklumat Dan Password Secara Automatik

Isi Maklumat dan Password Secara Automatik Dalam Opera

EasyCapture1Berapa banyak kali anda isi maklumat-maklumat seperti Nama, Alamat, dan Emel dalam sehari? Jika anda banyak mengunjungi blog-blog untuk memberi komen, ataupun selalu mendaftar di laman web - laman web baru, tugas mengisi maklumat seperti ini adalah menjadi rutin harian yang tidak dapat dielakkan. Ketahui bagaimana anda boleh menjimatkan masa dalam mengisi maklumat seperti ini, dengan menggunakan Opera.

Tekan Ctrl+F12 untuk membuka Preferences dalam Opera. Pergi kepada tab Wand. Di sini, anda boleh isi maklumat-maklumat yang sering diminta oleh laman web-laman web dan blog-blog. Anda boleh melengkapkan bahagian mana yang perlu, jika tidak semua.

Sekarang, mari kita uji fungsi Auto-Complete pada Opera ini. Di bawah kotak komen pada blog saya ni, cuba masukkan nama anda. Hanya dengan satu huruf sahaja, Opera akan memaparkan senarai Auto-Complete yang boleh anda pilih.

Simpan Password Dalam Opera

Opera juga boleh menyimpan Password yang telah anda masukkan pada mana-mana laman web. Sewaktu anda memasukkan Password, anda akan diberikan kotak mesej seperti ini:

EasyCapture3

Pilih Save untuk simpan Password anda. Kali yang seterusnya anda masuk pada laman web tersebut, hanya tekan Ctrl+Enter pada kotak login, dan Opera akan isikan User Name dan Password anda secara automati

Tiada ulasan: