Assorted Activity Part2 - Dec 2008























Tips Menangani Anak



1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakaiangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secarasaintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang
ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamukala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jikasuka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nakdipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telingadan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah....

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingansekolah , ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatihsembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh
kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamakmenderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia
balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan
anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace cuba  cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. 
  
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. 
Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? 
Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. 
  
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. 
  
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. 
  
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? 

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. 
  
Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? 
  
"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapakandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul,ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. 
  
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- 

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 

" Allah beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun. Allah juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manfaatkan"

Sumber : Respek

FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA



1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.
Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.
Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.
4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
• Demam panas mengejut
• Sakit teruk pada sendi
• Ruam pada badan
• Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.
Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.
Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.
Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
• Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
• Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
• Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara
Sila rujuk kenyataan akhbar.

12. Tindakan Kementerian Kesihatan
Langkah – langkah kawalan yang telah diambil:
• Pengesanan kes secara aktif
• Melakukan kajian Aedes
• Semburan kabus dan ULV
• Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
• Aktiviti promosi kesihatan
Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Bilik Gerakan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700
Laman web: www.moh.gov.my
PATUHILAH ARAHAN YANG DIBERI OLEH ANGGOTA KESIHATAN
Disediakan oleh:
Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia

How to say I Love You in 100 Languages!!!


English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female) 
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi 
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a 
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male) 
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo 
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female) 
Hebrew - Ani ohev et otha (to male) 
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw 
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene 
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu 
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort 
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan 
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu 
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female) 
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo 
Vietnamese - Anh ye^u em (to female) 
Vietnamese - Em ye^u anh (to male) 
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

AWAS Cinta ke 2

SETIAP insan mempunyai penghayatan berbeza tentang maksud cinta kali kedua. Tetapi ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk mengenali cinta yang datang lagi itu. Hakikatnya, cinta kedua boleh memberi ruang kepada anda untuk mengenali seseorang yang ingin dicintai lagi dengan lebih teliti.
Saat putus cinta dahulu memanglah perit untuk ditelan terutama dalam menempuh cabaran untuk memulihkan hati yang terluka. Kala itu, hati berderai bak ombak menghempas pantai, sehingga tak terdaya melawan arus lautan yang ganas.
Ketika luka lama masih terasa pedih, ada insan lain cuba mencuri perhatian kamu untuk kali yang kedua, walaupun pada hakikatnya kamu belum bersedia menerima cinta baru di dalam hidup kamu.
Ikuti peraturan penting yang perlu dipatuhi saat kamu ingin bercinta lagi, agar diri kamu tidak teraniaya di dalam kancah percintaan. Jangan pula menyalahkan diri sendiri sekiranya kamu menerima cinta baru, walaupun dia lebih baik berbanding bekas kekasih yang dianggap hipokrit.
Dalam menjalin hubungan cinta kedua, jangan sesekali menyamakan dia dengan bekas kekasih yang telah memusnahkan kepercayaan kamu. Ingat, walaupun kamu tergila-gilakan teman baru, jangan terburu-buru menyerahkan seluruh hatimu kepadanya.
Oleh itu, sebelum menjalin hubungan baru, perhatikan beberapa kategori lelaki yang layak bertakhta di hatimu. Sekiranya tidak, lupakan sahaja hasrat kamu untuk menyintainya dan berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Berikut, perkara yang perlu kamu beri perhatian sebelum menerima cinta baru.
 
 
1. Teman hidup baru
 
* Cara mengenalinya:
Belum apa-apa lagi, dia sudah menceritakan tentang sikap curang kekasihnya dahulu dengan lelaki lain. Dia seolah-olah meminta simpati daripada kamu. Malah, dia mengatakan tidak sabar untuk mendengar cerita mengenai putusnya hubungan kamu dengan bekas kekasih. Sikap ini menunjukkan dia seorang yang pemarah.
 
* Mengapa dia menggoda: 
Kamu berhadapan dengan musuh yang sama iaitu dia menyerupai bekas kekasihmu yang dulu. Dari segi sikap 'panas' si dia, itu akan membuatkan kamu berasa 'bersimpati' terhadapnya.



* Tinggalkan: 
Teman baru kamu (yang juga baru putus hubungan) selalunya akan menyalahkan bekas kekasihnya. Dia tidak sesekali memberitahu keburukan dirinya kepada kamu, takut kamu menolak cintanya bulat-bulat. Kebiasaannya, dia adalah orang yang paling bermasalah dalam perhubungan dan belum bersedia untuk menjalin hubungan baru.
 
 
2. Sahabat dan bekas kekasih
 
* Cara mengenalinya: 
Dia tidak tertarik mengenai perbicaraan lain kecuali membicarakan hal berkaitan bekas kekasihnya.
 
* Mengapa dia menggoda: 
Sudah jelas terbukti dia inginkan kamu memberi kuasa peralihan atau tumpuan kepada dirinya.
 
*Hindari:
Tetap menjaga hubungan baik dengan sahabat, tentu tiada salahnya. Tetapi, apabila dia selalu berbicara mengenai bekas kekasihnya, seolah-olah tiada insan yang lebih sempurna berbanding kekasihnya dulu. Ini bererti, dia masih mencintai dan masih ingin kembali kepada kekasihnya yang dahulu. Tinggalkan sahaja dia.
 
 
3. Jenis berpengalaman
 
* Cara mengenalinya:
Dia seorang yang tertutup, memakai sepatu mahal, sentiasa ingin tampil rapi dan selalu menghindari perbincangan bersifat peribadi.
 
* Mengapa dia menggoda: 
Seperti permainan tenis, jika kamu seorang pemain profesional berganding dengan pemain yang tidak pengalaman, kamu akan merasakan seolah-olah berada di peringkat baru hendak belajar. Demikianlah juga halnya dengan lelaki berpengalaman. Ini bermaksud, dia pandai membuatkan kamu berasa nyaman, relaks dan aman.

BEZA CINTA DAN SUKA
1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.
 
2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.
 
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.
 
4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.
 
5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
 
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.
 
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
 
8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Sumber : RESPEK

ANDA-TANDA BERBOHONG



BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGAN MEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKAN ADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIH AWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULA JIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONG DAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.

Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak. 

 

Menyentuh hidung  

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. 

 

Menutup mulut 

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. 

 

Gagap

 Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu. 

 

Pergerakan mata 

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong. 

 

Melengah-lengahkan jawapan 

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.  Resah  Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.  Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Perkara Penting Yang Perlu Difikirkan Oleh Pengendali Majlis

                     

                     

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difikirkan oleh seseorang pengendali majlis, iaitu perkara yang perlu sebelum majlis, ketika majlis dan selepas majlis tamat.

 

 

 
1    Dua minggu sebelum majlis
             Buat satu senarai tentang perkara penting yang perlu dilakukan sebelum majlis seperti:
  • Senarai nama tetamu yang telah menjawab dan bersetuju untuk hadir.
  • Tempahan dewan, pengacara majlis, pembantu lain, muzik dan sebagainya.
  • Penyediaan makanan – pastikan anda mengingatkan katerer tentang majlis yang bakal berlangsung. Hal ini dapat memberi anda masa untuk mencari katerer lain sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
  • Hubungi pengacara majlis untuk berbincang tentang agenda majlis dan perkara yang perlu dilakukannya nanti. Sekiranya ada perkara yang beliau tidak faham atau ingin tahu, bantunya untuk memberikan maklumat yang dikehendakinya.  
2    Seminggu sebelum majlis
  • Pastikan semua door gift dan cenderahati untuk tetamu telah siap dibuat. Sekiranya anda membuat tempahan, hubungi pembekal untuk mengetahui status pesanan anda.
  • Semak dengan pihak hotel bagi menentukan susun atur dewan yang telah dipersetujui. Sekiranya mereka mempunyai cadangan yang lebih baik, anda masih mempunyai masa untuk berbincang.

3    Sehari sebelum majlis

  • Buat senarai semak akhir tentang senarai nama hadirin dan VIP yang akan hadir. Bincang dengan pihak-pihak yang berkenaan tentang masa makanan akan disajikan dan aktiviti semasa majlis dan sebagainya.
  • Berbincang dan memberikan semua maklumat terkini kepada pengacara majlis yang telah dilantik.
  • Yang paling penting, pastikan telefon bimbit anda mempunyai bateri yang mencukupi untuk keesokan harinya!

4    Hari majlis

  • Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba dan anda akan menjadi seorang yang paling sibuk pada hari tersebut.
  • Pastikan anda mudah dihubungi oleh semua pihak seperti hos majlis, pihak hotel, pengacara majlis dan sebagainya.
  • Anda juga mesti sentiasa mengawal pengacara majlis agar tidak tersasar dan mengawal masa dengan baik. Anda sudah tentu tidak mahu majlis berlanjutan sehingga melebihi had masa yang dibenarkan!  

5    Selepas majlis tamat

  • Selepas majlis tamat, menjadi tugas anda untuk melunaskan semua bayaran dengan pihak-pihak yang terlibat.
  • Pastikan anda menyimpan semua cek bayaran pemuzik, pengacara majlis, penghibur dan sebagai-nya pada malam tersebut sebagai tanda kerja mereka telah selesai.
  • Jika hos tidak berpuas hati dengan servis mereka dan tidak mahu membayar jumlah yang dijanjikan, anda harus mencari jalan penyelesaian dengan bercakap dengan individu terlibat. Lebih elok sekiranya semua masalah diselesaikan secara aman

    Adab Makan Di Majlis Rasmi
    Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial dan perangai sebenar seseorang individu.

    Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnya dilabel sebagai seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai seorang yang tiada didikan dan kurang ajar.

    Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima jemputan dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis, cara anda mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan anda semasa makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya. Antara adab meja makan yang saya paling kurang mahir ialah cara menggunakan pisau, garpu dan sudu. Walau bagaimanapun, saya selalu menggunakan tips di bawah untuk membantu saya ingat sudu dan garpu yang sepatutnya digunakan ketika makan.

    Menggunakan pisau, garpu, sudu dan kadang-kadang, tangan!

    Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh, steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya.

    Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu tahu sudu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam.

    Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu yang paling kiri. Namun, trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja!

    Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini semata-mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengan tangan kiri.

    Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecilbeberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.

    Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu atau garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk.

    Kenali jenis-jenis makanan yang boleh dimakan menggunakan utensil yang sesuai atau dengan tangan
     
    1. Sup � harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mesti dihirup perlahan-lahan. Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut tidak sopan.

    2. Salad � gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit berbanding garpu biasa.

    3. Ikan � gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.

    4. Daging � gunakan garpu utama yang disediakan.

    5. Pencuci mulut � sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya. Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.

    6. Asparagus � asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus tersebut tidak disaluti apa-apa sos. Jika tidak, anda boleh menggunakan garpu yang disediakan untuk salad.

    7. Bacon � apabila bacon iaitu kepingan daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek biasa. Hal ini kerana agak susah untuk memotong bacon yang garing menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu bacon tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong!

    8. Roti � roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu mentega tersebut pada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda dibenarkan memotong ban berkenaan memanjang di tengah dan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi mencairkannya.

    9. Biskut � biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan buah-buahan atau tuna di atasnya.

    10. Jagung � sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan secara sebiji-biji, anda dibenarkan makan dengan menggunakan tangan. Sekiranya mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu pada dua baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris berikutnya.

    11. Kentang goreng, ayam goreng dan burger � makanan seumpama ini dikategorikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlis-majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.

    12. Sandwich � sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filling yang terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.

    13. Buah-buahan kecil bertangkai � kadang-kadang pada juadah pencuci mulut, dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang! Bagi gugusan buah anggur yang dihidangkan dengan tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. Jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi orang lain

No Air



Tell me how I'm supposed to breathe with no air?  If I should die before I wake  It's cause you took my breath away  Losing you is like living in a world with no air  I'm here alone didn't wanna leave  My heart won't move it's incomplete  If there was a way that I could make you understand  But how do you expect me to live alone with just me?

Cause my world revolves around you it's so hard for me to breathe  Tell me how I'm supposed to breathe with no air?  Can't live, can't breathe with no air  It's how I feel whenever you ain't there  It's no air, no air... Got me out here in the water so deep  Tell me how you gonna breathe without me?  If you ain't here I just can't breathe  It's no air, no air... I walk, I ran, I jump, I flew  Right off the ground to float to you  With no gravity to hold me down for real  But somehow I'm still alive inside  You took my breathe but I survived  I don't know how but I don't even care  So how do you expect me to live alone with just me?

Cause my world revolves around you it's so hard for me to breathe Got me out here in the water so deep  Tell me how you gonna breathe without me?  If you ain't here I just can't breathe  It's no air, no air...i will die...


Source: HotBay

Hutang



Hutang merupakan suatu kaedah urus niaga atau muamalat yang telah wujud dalam kehidupan manusia bermasyarakat sejak berabad-abad lamanya.

Cuma bentuknya agak berubah, jika dahulunya ramai yang berhutang barang keperluan, sekarang lebih ramai yang berhutang mata wang.

Jika dahulu ramai yang berhutang kerana terdesak, sekarang ada yang berhutang kerana ingin mengekalkan lagak..

Jika dahulu orang berhutang dengan duit, sekarang segalanya dipermudahkan dengan kad kredit.

Berhutang bukanlah suatu amalan yang ditegah, bahkan dalam sistem kehidupan kita hutang dalam apa jua bentuk dan namanya adalah suatu yang diiktiraf kewujudan dan kepentingannya.

Agama juga mengakui ada ketikanya hutang diharuskan, walaupun bukan itu yang digalakkan.

Setiap kita berhutang dalam kapasiti dan kuantiti yang berbeza. Ada yang berhutang kerana tidak membawa duit pada waktu tersebut, malah lebih ramai lagi yang berhutang kerana sememangnya tidak berduit. Bukanlah kapasiti kita untuk membincangkan perkara tersebut. Tepuklah dada, tanyalah diri sama ada hutang itu perlu atau boleh ditunggu.

Nabi mengajar kita supaya sentiasa berdoa agar dilepaskan kita daripada beban hutang. Namun, perkara yang sering kita lupakan tetapi sebenarnya lebih penting ialah bab membayar hutang..

Tiada aib jika kita berhutang tetapi suatu kesalahan besar jika tidak membayarnya. Walaupun begitu, dengan tidak menafikan golongan yang sememangnya benar-benar kesuntukan wang untuk membayarnya, namun wujud sekelompok manusia yang sengaja tidak mahu untuk membayar selagi tidak diminta.

Budaya ini amatlah jelas bertentangan dengan suruhan agama yang mana Nabi bersabda bahawa hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut.

Sebagaimana tiada orang yang memanggil kita untuk berhutang, seperti itulah sepatutnya kita bersegera untuk melunaskannya walaupun tanpa sebarang notis berwarna merah. Itu adalah tanggungjawab kita.

Bermula dengan hutang dengan saudara-mara dan jiran sekampung, sehinggalah kepada pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara, ramai yang menunggu untuk membayar setelah dipanggil dengan notis.Pada masa yang sama, dalam hati merasa amat senang dan terlepas daripada gangguan sekiranya tiada pihak yang datang menuntut. Mujur sekali rasanya, jika pihak yang memberi pinjaman ini lupa terus untuk menuntut walaupun sikap ini amat tidak disukai oleh agama dan negara.

Lebih parah lagi jika hutang yang 'dibuat lupa' ini melibatkan ahli keluarga atau jiran tetangga. Selagi mana tidak dibayar, selagi itulah tidakkan hilang calarnya.

Hatinya pasti membuak-buak perasaan buruk sangka dan hilang kepercayaan terhadap saudara darah dagingnya. Putusnya silaturahim angkara siapa, jika bukan kerana kita yang melupakan orang yang pernah menolong kita.

Pastinya, tiada yang marah jika kita benar-benar memberitahu mereka kenapa kita tidak mampu membayar pada waktunya. Tidak pelik juga ada yang akan menghalalkan terus hutang tersebut kerana kejujuran yang kita luahkan. Akan lenyaplah segala buruk sangka dan terpadamlah api kemarahan yang marak membara. Silaturahim yang layu kekeringan tidak mustahil akan subur semula.

Kepada graduan yang membuat pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka, ingatlah bahawa wang yang dipinjam ialah wang negara dan wang rakyat.

Satu peluang telah diberikan sehingga kita berjaya dan seharusnya peluang itu kita berikan kepada generasi yang lebih muda dan lebih memerlukan daripada kita. Tidak akan aman roh kita sekiranya mati kita dalam keadaan hutang yang belum diselesaikan.

Sementara aura hari kebangsaan Malaysia yang masih membara, marilah sama-sama kita memerdekakan diri daripada berlenggu hutang yang sifatnya suka melilit kita.

Bermula dari hutang membayar harga nasi di pinggan, melarat sehingga keliling pinggang lama-kelamaan ia naik ke leher dan tidak mustahil akan menjerut kita suatu hari nanti. Justeru, segeralah kita membayar hutang pada waktunya. Hutang kita tanggungjawab kita.

 

 Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadis maksudnya:

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda: "Barang siapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar) maka Allah akan membinasakan dia." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada bersabda dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang mengatakan bahawa orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutanganya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan." (Riwayat Al-Imam At-Tarmidzi) 

Sumber : LynnTiger

Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:- 



1) Memeluk Bantal 


Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan. 


2) Menggunakan Banyak Bantal 


Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. 


3) Tidur Dengan Satu Bantal 


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata. 


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki 


Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha. 


5) Tidur tanpa Bantal


Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. 


6) Tidak punya bantal 


Kasihan betul... pergi kedai belilah satu


biar susah, jangan menyusahkan. .

 

Sumber : EN. JUNHAIRI BIN ABD JALIL

Digital clock - DWR