Papa, Mama & Mia Trip To Cameron Highland

Sejak beberapa lama kami anak beranak tak pergi jauh2 dari putrajaya untuk bercuti menenangkan fikiran..
So memandangkan kami ada kenduri untuk dihadiri di Bidor Perak, sepupu aku kahwin. Jadi terus kami booking hotel kat cameron highland kira2 seminggu sebelum pergi.
Memandangkan ini cuti sekolah, takde la boleh dapat hotel yg murah2. Semua budget hotel dah penuh. Yg ada intermidiate hotel dlm taraf 3bintang ke atas gitu..
Jadi nak taknak book saja laa.. Dengar org2 dok cakap alang2 pegi bercuti mcm tu.. kena la cari hotel yg selesa sikit.. Baru la puas hati.. nak menenangkan fikiran kan?? takkan nak amik hotel yg mengusutkan fikiran lagi..
Ni peta kat Cameron Highland tu.. berbelit beluk mcm ular.. tu belum campor yg peta dari Tapah, Lagi la beluk2..
Nasib baik perjalanan naik tu anak aku tidur keletihan. Kalau tak maunya muntah. Tapi aku memandu dgn relek2 saja.. Dlm perjalanan sampai ke Lata Iskandar. Ingatkan nak berhenti.. Tapi memandangakan anak aku tido.. aku kansel la..
Sampai Ringlet keadaan jalan basah. Rupanya baru lepas hujan.. Nasib baik sepanjang perjalanan naik tak hujan. Tiba di Tanah Rata ingat nak singgah makan kat MarryBrown. Tapi fikir2 baik check in dulu la.. Lagipun ada pasar mlm ni kat Brinchang.
Sampai Hotel Rosa Pasadena Dlm pukul 5ptg.. Check in dan lepak2 dlm bilik. Anak aku bukan main gembira tgk bilik mandi dia ada bath tab.. hehe maklumla kat rumah takde.. apatah lagi dgn kolam renang..
Tak sabar2 dia nak mandi.. Aku cakap kat dia nanti lepas makan..
So lepas rehat sikit2 betul urat, kami terus keluar ke Pekan Brinchang.. jln2 singgah bazar, shopping T-shirt yg kena mengena dgn Cameron Highland. Lepas tu pergi makan kat KFC Brinchang. Nak makan lain takut tak sedap lak.. Nanti boleh makan berat2 cari kat pasar malam.



Permandangan dari hotel Rosa Pasadena menghadap pekan Brinchang.


Mia di depan kaunter KFC.. Tunggu mama dia order makanan. Sebenarnya bagi memastikan mama dia beli Chicky Meal. Nak mainan...
Lepas makan Kami terus pegi pasar malam.. Sampai dekat2 pukul 7mlm. Org dah ramai.. Nak parking punya la susah. Nasib baik dapat parking depan balai polis.. Dekat sikit nak jalan. Masa tu member aku Anoi dok call cakap dia nampak aku.. hehe mcm mana mamat ni bleh ada kat sini jugak. So jalan2 cari makanan dan buah-buahan. Mahal2 jugak barang kat sini. Tapi segar laaaa... tu yg penting
Beraksi di pasar mlm..Actually bukanlah sejuk sangat. Cuma aku selsema hari tu.. So pakai snow cap tu boleh tahan la sikit. Kalau tak dok berair je hidung. Hujung jari sejuk sikit, maklum la org kurus mcm aku ni.. so pakai la driving glove.. Rasanya aku ngan mia je yg pakai glove kat situ.. lantakla.. bukan nak bergayapun..
Kebetulan ada funfair kat sana. Jadi singgah laa tgk kejap. Mia nak main, tapi aku tgk safety point tak berapa ok. So aku tak bagi.
Kemudian kami balik hotel. Mia memang dah tak sabar nak main air. So mlm tu lepak2 dlm bilik saja sambil meonton TV.
Bergambar di Ladang lebah. Mia ngan mama dia taknak turun. Sebab tangga tinggi. So aku turun sorang..snap2 beberapa tempat... Tak nampak lak lebah. Maybe lebah tido kot.
Membeli sourvenier untuk kawan2 sepejabat...

Beli buah-buahan dan sayuran. Segar dan murah. Seminggu kami dok makan sayur sajaaa.. 
Membeli sedikit ubi untuk diagih-agihkan ke sanak sedara.
Mia tak lepas peluang mandi di bath tap. Part ni yg aku malas. Sebab nak kena tunggu dia. Yer la kalau tak pantau, kot2 lemas lak.


Mia tolong tangkap gambar papa dia.. masa tunggu untuk check out.
Mia ngan mama dia.. Depan Hotel

Mia beraksi depan hotel. Masa ni dah nak simpan barang dlm boot kereta.. nak bergerak jalan2
Gambar2 berikut adalah aksi2 sekitar Time Tunnel. Tempat ni penuh dengan benda2 lama.. Ada jugak yg aku pernah tengok pada zaman aku kecik2 dulu.. So habiskan masa kat sini sekitar 1/2jam.. Bayaran RM5 kot.. Mia free




Rokok dulu-dulu..



Kedai Jual cenderamata lagi... Byk betul barang2 berasaskan strawberry kat Cameron ni.. 



Mia tolong tangkap gambar papa & mama dia.. Ni dekat kedai jual strawberry dan bunga2.. Sesajer kunjung melihat keadaan sekeliling sesambil membeli strawberry.
Keadaan Jln yg basah. Hujan separa lebat mengiringi sepanjang perjalanan turun dari Brinchang.
Perut pun dah lapar, So singgah kat tanah rata untuk makan. Tgk dlm forum, dorg cakap makanan yg best kat sana hanya restaurant MarryBrown ni. So kami ambil keputusan makan kat situ je la.. Lagipun tempat lain payah nak parking.
Lepas makan di Tanah Rata, kami menurun ke bawah.. dan singgah sebentar di Bharat Teh. Kat sini ada Cafe untuk minum Teh. Harga agak mahal. Satu pot 4org minum RM18.. Jauh beza dengan kedai mamak. Tapi Sebab aku memang Teh Hardcore, boleh la harga tu.. Kitaorg minum perisa strawberry.

Aksi2 anak beranak tersebut sekitar ladang Bharat Teh. Cantik sebab dia lereng bukit.. api tak dapat ambil gambar 3beranak sebab takde org turun ke bawah ni. Hujan renyai2..





Lepas minum2 dan bergambar di Bharat Tea Plantation, Kami bergerak turun.. mencari sayur. Sampai kat persimpangan Ladang BOH, ak pun sesajer masuk nak tgk ladang BOH lak.. Rupanya agak jauh ke dalam. Perjalanan dari simpang tu berliku-liku tajam mengambil masa kira2 15-20minit. Sepanjang perjalanan melihat permandangan ladang penanaman sayur penduduk tempatan.

Sekitar Kompleks BOH Customer Centre

Kilang BOH.. Mcm old style sket
PEACE..
Jln menuju ke BOH Customer Centre.. Selorong.. Kalau selisih, kena rapat ke tepi jalan.
Gambar2 sekitar ladang BOH.. Berhenti tepi jalan je..Ambil gambar. Nak masuk ke ladang tanah selut musim hujan.

Aksi mia tiru gaya papa dia..kat ladang BOH
Sampai kat Ringlet.. Berhenti jap beli Goreng pisang. Cari jangung org jual tepi jalan takde la pulak.. Balik kena rebus la ni.. Sepanjang perjalangan Turun hujan tak berhenti.. Bwk mcm "Dancing On Glass - Motley Crue" punya lagu.. hehe. Tapi aku betul2 consentrate kat jln raya.. Taknak apa2 terjadi dengan keluarga aku. Ada jumpa Kereta Nissan Sentra bertembung dgn Waja.. Maybe dorg overshot la tu..
Mia Keletihan - Lokasi : Hentian Tapah
Ni dalam perjalanan balik singgah kejap kat hentian Tapah.. Kasi enjin keta sejuk sikit.. Risau gak aku punya alternator punya bearing tu dah bunyi.. Jawapnya sebelum balik hari rasa haji kena baiki dulu la ni.. kalau tak mau breakdown tengah jalan.
So dari Hentian tapah pukul 6.45ptg kami gerak ke KL.. Jln hujan sepanjang jalan.. Mcm turun gak tadi aku rasa bwk keta ni mcm "dancing On Glass".. anak n bini aku dok belakang.. aku besit gak 120kmj-140kmj.. tapi keta terlalu byk kena slow2.. 
Sampai putrajaya Pukul 8.30mlm.. terus ke Rumah sepupu bini aku ada kenduri.. Dlm pukul 11mlm baru balik rumah..
Sampai rumah bersiap diri.. aku terus membumkang.. Huhu Keletihan! Apa-apa pun Syukur alhamdulillah sebab kami selamat pergi dan selamat kembali.

Tiada ulasan:

Digital clock - DWR