Derma Darah


Semalam aku pergi derma darah. Pada mulanya ingat malas nak derma. Sebab malam minggu tu aku tidur pukul 2pg. Tengok Final Score.. Ingat nak sambung tengok Liverpool vs Spurs game. Tapi memandangkan mata ngantuk dan aku pun pagi2 ada program.

 

Sebenarnya aku pun pernah menderma dalam 3kali dah. Tapi lama dulu la, agak2 10tahun yang lalu.

Yelah.. nak derma duit, duit pun tak berapa nak ada. Darah ada banyak dan badan akan sentiasa produce darah baru dalam 3 atau 4 bulan. Doktor kata, darah yang kita derma (300-500ml) akan dijana semula dalam 24 jam gitu. So tak heran la kalau kita derma sikit - mungkin dapat menyelamatkan orang yang memerlukan.

 

Mula mula isi borang - dan doktor akan periksa BP, timbang, cek darah dan memanglah aku fit untuk jadi penderma. Darah aku group O, Doktor Tanya tentang pemakanan ubat pada minggu ni dan keadaan keadaan aku pada masa ini. Kiranya aku punya condition laa.. aku bagitau dia aku agak mengantuk sikit then Tanya pendapat dia samada ok ke kalau aku menderma. Kalau tak mendatangkan masalah, aku on jer. Then doctor cakap ok no problem.

 

Lepas tu aku baring dan nurse cucuk jarum kecik. Kemudian dia masukkan jarum sedikit besar untuk darah tu keluar dan masuk bag. Lebih kurang 10 minit penuhlah bag utk 450ml tu. Ok selamat! Nurse suruh aku berehat sekejap.

 

Lepas tu. Ada attendant suruh aku makan makanan yg telah disediakan. Air Milo, kek dan biskut. Sebab lepas ni dia nak bagi ubat untuk dimakan. Ubat tu untuk pemprosesan darah di dalam badan semula.

 

Rasanya tak berapa sakit untuk derma darah. Cuma sikit la semasa kena cucuk tu. Lepas derma pulak aku tak mengalami sebarang pening kea pa ke.. sebab ada jugak yang tak boleh bangun selepas proses tu..

Korang jangan la takut pulak. Kalau korang fit, pergilah derma darah kerana kita semua tahu, darah sentiasa diperlukan. Doktor dari Tabung Darah Hospital kata, mereka perlukan lebih kurang 2000 beg darah - atau 2000 donors setiap bulan.

Tiada ulasan: