3G dan wireless broadband adalah benda yg berkait rapat..
3G bermaksud connection daripada service provider such as maxis/celcom...
cuma digi belom ade licence utk 3G..
3G adalah sim card yg boleh dimasukkan ke mana2 USB modem atau handphone..
wireless broadband pula adalah seperti hotspot yg biasa didapati pada TMNet streamyx..
jika kita menggunakan 3G sim card, kemudian disambungkan pada USB modem,
maka terjadilah wireless broadband..
bermaksud kita x perlu sambungkan ke mana2 socket telephone dan wayar panjang berserabut
untuk mendapatkan internet..
actually simkad yang kita pakai tu ada beberapa jenis..
1. voice sahaja
2. data sahaja
3. voice dan data...
data tu dalam konteks ni, maksudnya internet connection la..
digi, maxis dan celcom adalah telco yang menyediakan perkhidmatan..
untuk wireless data access, internet connection tu pulak ada 3 jenis..
1. gprs
2. edge
3. 3g
4. 3.5g (atau juga dikenali sebagai hsdpa, kalau celcom depa panggil 3gx)
semua tu speed x sama.. sebab tu walaupun kita pakai telco yang sama, tempat kita berlainan, maka speed yang kita dapat pun x sama...
untuk speed ni, jgn confuse.. untuk data, kita amountkan dia sebagai kbps atau kilo BIT per second.. bukan kBps (kilo byte per second).. 1 byte = 8 bit.. pada kebiasaan kalau kita download kat internet pakai IE atau mozilla, unit yang kuar ialah kB (capital .. itu maknanya ianya dikira sebagai byte. nak tau brapa bit? darab la ngan 8.. contohnya kita downlaod yahoo games dari internet, dapat 30kB.. untuk tau speed sebenar, perlu tukar kepada bit iaitu 30 X 8 = 240kbps...
seterusnya... maximum speed bagi
gprs = 56kbps
edge = 64kbps
3G = 384kbps
hsdpa (hi speed downlink packet access) = 1.8megabit per second (mbps) - theorically boleh support up to 2.5mbps tp due tu constraint dari beberapa factor (kualiti signal, heat, dll), setakat ni 1.8 je la.. tu pun susah.. aku sendiri x penah dapat 1.8mbps...
pada dasarnya semua kawasan support by gprs... 3g ni kebanyakannya bandar2 besar sahaja.. hsdpa pulak, lagi la.. area KL je dapat.. tu pun cheras walaupun depa kata support, aku test masih lagi 3g walaupun signal hsdpa... masalah dalaman la kot.. hampesss..
tang modem tu pulak, memang la.. data card tu mahal.. dia ada jugak modem yang saiz modem biasa, tp ada aerial, dan perlukan power source.. tp x kan kita nak pikul modem tu pergi mana2 kot?!?! boleh tu boleh tp x practical..
kalu nak pakai henpon pun boleh gak.. tp untuk heavy user, better jgn guna tepon.. beli aje pcmcia kad, beli converter pcmcia ke usb kat loyat.. same gak mcm usb huawei modem tu.. cuma kurang gaya sket la berbanding usb modem..
sekian sahaja cerita kita pada hari ni
Sumber Dari Forum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan