Mandi wajib yg betul


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. 

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. 

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. 

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur. 

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. 

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. 

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." 

Atau Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." 

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. 

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". 

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. 

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. 

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. 

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. 

Tentang rambut yg diwarnakan pula SELAIN inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. 

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. 

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. 

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. 

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. 

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . 

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. 

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. 

Panduan Tambahan 

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a. 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN 

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. 

Rahsia 13 

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...... 

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur. 

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" 

Wassalam. 

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

 


Sumber: Hamlyn M.D.

Pindah Rumah Baru No 8, Jalan P8E/3, Presint 8, 62550 Putrajaya

Baru Pindah ke rumah baru. Pun kuaters jugak. Tapi teres laaa.. Tak payah nak berebut parking. Basuh keta pun senang..
Peta menuju ke rumah kuaters baru kalau dari Alamanda Shopping Compleks.. Dekat je

Jalan P8E/3.. ni masuk ke rumah
Ni masuk dari depan.
Belum kemas habis. Sofa 2+3 seater beli offer kat Fella Design..lepas diskaun 4K lebih.. adus
Bahagian dapur
Coffee table.. RM1k
Ruangan membaca + surfing..+ santai
Ruang makan
Langsir bini aku tempah kat salak tinggi..english style
Win chair.. satu 1k..dua 2k..Fella design gak
TV Kabinet 1K.. LCD Sony Bravia + Pioneer Home Theather 3.3K (beli kat mudah.com)
Dapur belum berkemas..seminggu makan domino pizza

Pakaian pun belum berkemas habis sampai sekarang.. sebuk
Bilik..belum boleh dibenarkan ambil gambar.. sangat2 teruk hehe


Our Trip To Penang

Hari tu 5/3/2009 aku ada meeting dengan customer kat penang. So aku angkut sekali bini dan anak aku.. Sebab anak aku tak pernah ke penang.. Hari tu pun lalu je.. jadi kebetulan pergi tu bleh la bawak dorg jalan2 penang.
Anak aku cakap Pulau Pinang. Bila aku sebut penang dia kata salah..hehe so aku terangkan la yang penang tu bahasa inggerisnya.. betui ke?
Ini la penang.. bertolak dari rumah dalam pukul 7.30pagi. Keluar highway sb besi je dah jem. Aku terus masuk kesas excess ke NKVE.. Pun ada jem sikit2 laaa..
Sampai hentian tapah baru maka. So sempat la aku check email2 kot2 ada info last2 minit.
Sampai penang dalam 11.30..kelajuan std jerr..
aku bagitau kat bini aku balik hari je..
sebab esok tu kerja
tapi bwk je la baju lebih kot2 tak sempat nak balik..
so esok tu bleh la amik cuti emergency
lagipun takut penat gak nak balik malam2..
tgk tu anak aku kemain ceria je bila naik jambatan menuju pulau..
lagi2 tgk laut..huhu tapi sebenarnya dia ni takut kat laut.. macam mama dia jugak..
aku bukan takut cuma malas nak mandi jee.. air pun kurang cantek
Pulau jerejak.. ada resort kat situ..Jerejak Resort. Harga ok gak. Tapi aku tanya beberapa org member yg dok rekemenkan aku dok situ.. Ada "the thing" kata dorg. hehe entah yer ke tak .. siapa berani cuba la.
Aku bagi phone kat anak aku suruh dia snap mana2 yang patut.
Sampai aku pun dia snap gakk
Sampai je pulau aku call customer aku. dorang cakap pegi makan dulu laaa.. available after 2..
So ada lebih kurang 2jam lagi untuk apa2..
Aku pegi Queensbay shopping complex cari makan. Makan KFC je.. Biasa la kalau kat mall nak makan apa lagi.. Foodcourt pun dah jemu




Selepas meeting lebih kurang pukul 4ptg..
kitaorg singgah tepi2 laut kawasan sekitar bayan ni.. ok gak view dia..
Snap2 je beberapa gambar. Perut pun dah lapar. Tak sabar nak ke georgetown cari makan.

Selesai meeting..kami terus bergegas ke area komtar cari makanan.. aku bawak dorang makan cedol kat penang road..

Ni la rupanya cendol penang yang femous tu.. santan dia sedap kot

Ingat nak balik..tapi mia beria2 ajak tidur sana..
Kami pun servey2 la hotel yang seumpamanya untuk bermalam..
Last sekali hasil rekemen friend kat penang..aku book Tg Bungah Resort.. Sebab harga ok
dan dekat dengan pantai.. yg penting ada pool mia cakap..
Check in jer.. terus hujan..hajat mia nak mandi pool tergendala.. dia dok mengadap tingkap jer mengharap hujan akan berhenti segera..
Then aku bagi idea kat dia supaya mandi kat bath tub je.. hehe
apa lagi dia jeng jeng jeng...
Pelangi petang selepas hujan di penang

Pool kat bwh dapat dilihat dari bilik hotel..
Beach view..ok laa.. tapi rate punya pakage ni tak termasuk breakfast..ntah2 apa2 ntah
Santai sambil bini aku dok layan SpaQ..huhu aku tak minat..sebuk melayan mia jer..lepas hujan bawak mia jalan2 tepi pantai..nak mandi pun tgk air laut dia tak berapa cun

Malam tu kami bersiap2 nak cari makan..nak makan kat hotel maklumlah..reganya takbleh tahan..
Pegi ke padang kota baru..makan sana..
Aku order Rojak pesembor..mia sup campur..mama dia laksa penang..pastu bedal satu lagi char kue tiow..Lepas makan kami pusing2 cari barang untuk sarapan pagi sok..singgah giant beli meggi dlm cup..then roti sket..lepas tu balik hotel tido...yg aku frust nak pakai wifi takde..so tak dapat nak update email kot2 ada urgent punya barang...adus..
Ni dia sarapan pagi kami..
Sebenarnya hari ni nak pegi makan nasi kandaq..
Tu yang pagi2 makan sederhana jer.. alas perut sebelum ke kolam renang
Org lain sebuk pagi2 dok sarapan.
Kami pagi2 dah pi mandi pool..mia la paling syok..jaga je terus ajak..
Aku ngan mia je yg mandi..mama dia dok jer kat tepi snap2 photo..
takbleh mandi sebab budak yg jaga towel tu cakap kena pakai baju mandi..
Aku tibai jer.. lantak buat tak tau.. kalau mau bising panggil manager laa.. hehe
Skill menyelam dah lama tak praktikan..sejak dari zaman dok kg lagi.. kalau dulu setakat sg peak tu, aku cross jer ngan sepupu2 aku.. la ni tak berani dah kot.




Mama mia tak bleh tahan kena racun gak ngan aku.. hehe
Mandi lebih kurang sejam..pastu kami cepat2 bersiap nak jalan2 sekitar penang..
Aku park keta klat sebelah komtar..tahan beca.. mia nak merasa..
Tapi cuaca panas sikit beb!



Pasar chowrasta..yer la kot namanya.. bini aku nak beli buah tanya untuk diagih-agihkan

Sebelum bertolak balik kami singgah di lineclear nasi kandar dulu..
Lama tak pekena nasi kandar..lagipun kalau dtg penang tak pekena nasi kandar, mcm tak lengkap laaa


Nasi kandar ayam madu...sebelum

Selepas dimadukan..hihi

Dalam perjalanan balik..naik feri lagi cepat..minyak pun jimat sikit..mia kelihatan cuak bila keta nak masuk feri..mcm tak confident je


Bye-bye Pulau Pinang..Jumpa lagi dilain masa..!

Digital clock - DWR