1 Januari 2009 punya activiti

Pagi2 bangun aku plan nak ke Bagan Lalang memancing bwk bini dan anak. Singgah makan nasi kerabu kat Sg Merab Bangi dulu.
Sampai sana dalam pukul 10pg. Nasib baik cuaca tak berapa panas.
Nak mancing apo mcm ni. Air tak cantik. Tgh menyurut lak tu.. Aku tanya la beberapa brader kat situ, ada ikan ke? Hampeh dorg cakap. Alang2 dah sampai, aku belasah jer..
Ni ikan kedua yg makan pancing aku.. Yg pertama tak lekat.. Besar ikan ni.. kalau nak dibandingkan dengan ikan bilis laa..
Menjadikan ikan kembung sebagai umpan. Aku beli 4ekor ikan kembung.. dapat 2ekor je ikan ntahapaapantah.. "berbaloi" sungguh! Tapi aktiviti tu yg penting.. bukan nak ikan sangat
Masih mengharap ikan sebesar lengan ke..peha ke sangkut
Mia sibuk main pasir ngan layang2..
Aksi mia lepas mandi..
Tgh hari dlm pukul 2pm.. perut pun dah lapar. So singgah makan kat kedai tepi pantai.
Minum ayor kelapa ngan ABC sambil menunggu makanan siap dimasak.

Finally makanan sampai walaupun agak lama menunggu. Apa lagi belasahh laa.. Lepas makan terus balik rumah. Mandi2 lebih kurang ..tidooooooooo... yeeee haa

Tiada ulasan: