7 tips jumpa hantu



Hari ini saya ingin berkongsi 7 tips dengan anda
mengenai cara-cara mengawal hantu.

Tips ini saya perolehi melalui sumber-sumber
lisan dengan beberapa pihak yang boleh dipercayai.

Walaubagaimanapun, tips ini hanyalah sebagai
panduan sahaja. Bukan untuk tujuan komersial
untuk masuk 'Seekers'


Tip 1: Hantu Pocong
------------ -------
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang
baru masak ni memang mudah cari kelemahannya.
Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas
kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu
dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa
apa pun, selain kain kapan pembungkusnya
tu.


Tip 2: Hantu Langsuir
------------ ---------
Dia ni suka pandang muka kita, jadi
beranikan diri anda tenung balik muka dia
sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk
cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu
malu.


Tip 3: Hantu Pontianak
------------ --------- -
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak
dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama.
Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat
dari dia, tentu dia boring.


Tip 4: Hantu Raya
------------ -----
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar
jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang
saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,
bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh
kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak
kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti
lain dia nak buat.


Tip 5: Hantu Galah
------------ -------
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.
Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap.
Pasti dia tak perasan kita ada disitu.


Tip 6: Hantu Jerangkung
------------ --------- --
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka
saja,dan paling mudah untuk menewaskannya.
Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk
dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk

Gitulah al-kisahnya. .. ada yang seram sejuk ker?


Tiada ulasan: