Lelaki Idaman Setiap Wanita

Lelaki idaman saya adalah…

Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…



Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…



Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…



Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…



Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…



Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…



Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…


1. Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu

bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari

kategori lelaki

2. Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang

cemburu itu lemah dan cemburu itumelambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

3. Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki

menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati

wanita.

4. Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu

merendah diri.

5. Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada

perangainya dan kebersihan hatinya.

6. Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada

kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

7. Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak

secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

8. Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa

perlu disebutkan.

9. Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati

tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

10. Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau

ketampanan dirinya.

11. Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan

tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa,

atau cemas.

12. Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang.

Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara

yang produktif.

13. Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama.

Tidak berjudi, berzina atau minum arak..(Klo de lelaki yg baik camni..Bleh le isi borang hehe )

14. Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil

hati.

15. Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya

pada wanita itu. Satu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan

perasaan kasihnya itu.. (Betul² ..Jgn dhTerlambat bru nk Luahkan...x dapek den nk nulong eh )

16. Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu

sugul dan berkerut-kerut dahinya


Sumber : Respek

8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.


1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…


Sumber: Respek

25 Actions to say ‘I Love You’


1. Place notes in your lover’s lunch telling him how much you love him.

2. Page you sweetheart with an I Love You page.

3. Give her a soft kiss.

4. Make everyday things special.

5. Give your love a little note or sending him an e-mail with a poem in it.

6. Listen to her every word.

7. Making a list of everything you love about them. No matter how stupid.

8. Spend quality time with the one you love.

9. Have flowers delivered with a note attached saying simply, “I love you.”

10. Give unexpected hugs and kisses in unexpected places.

11. Cook them their favorite meal.

12. Hold each other when you fall asleep.

13. Just be together.

14. Give your love a long hard kiss on the lips, followed by a gift.

15. Sending romantic postcards on a daily basis.

16. Get off work early and surprise your sweetheart with a dozen roses and dinner, just because.

17. Spend all week thinking of something special for the weekend and then… do it!

18. Give him a loving smile from across the room.

19. Draw or obtain a new romantic picture of two lovers in each others grasp and give it to your love as a reminder of your passion.

20. If you live quite a distance from your love, surprise them with a visit.

21. When she is asleep in the morning, cover her with rose petals and wake her up to an I love you breakfast in bed.

22. Secretly write S-H-M-I-L-Y anywhere your lover will find it. SHMILY=See How Much I Love You.

23. Have a romantic weekend.

24. For a week, smothering your spouse with all the small intimate things they like.

25. Do a simple act of kindness, such as a backrub when he feels sick, to brighten his day.

Sumber: Respek

Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kitateruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.



3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.



4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.



5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.



6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita


Sumber: Respek

Balik Kg - Gong Xi Fa Cai

Tepat Jam 4pagi lebih kurang lepas aku tgk Man Utd game.. Terus gerak balik kampung. Mak aku, adik ipar ngan adik aku ikut sekali. Saja bawak dorang jalan2.. Bila lagi. Lagi pun sian tgk mak aku asik dok rumah je.. Sesekali bwk dia ubah angin sikit.
Singgah sembahyang subuh di persimpangan Sg Koyan. Kemudian sarapan pagi kat Gua Musang.
Tiba di Tanah Merah pukul 10.30pagi. Jln2 sekitar tanah merah dulu. Kemudian singgah makan mee kuah spesel kat highway bt 8 jln tanah merah-Jeli.
Sampai kampung dlm 1pm.. Letih. Lepas mandi, aku terus tido
Mia ngan nenek dia.
Mia ngan mak aku
Pegi kota baru Berek 12, amik ubat adik aku kat sorg ustaz. Lepas tu kami makan kat kepala Jambatan area salor. Kemudian terus ke tumpat. Gambar adalah masjid As-Somadi Tumpat..singgah sembahyang Zohor.
Kelihatan murid2 sekolah pondok di tumpat menaiki "bas" sekolah mereka..
Jln2 lebih kurang kat tumpat. Tgok semua barang mahal. Mak aku ajak ke Rantau Panjang lak. Gambar adalah nak masuk ke pekan Rantau Panjang. Jem Giler
Sekitar dalam pekan Rantau Panjang. Pun jem jugak..
Mak aku ngan bini aku sebuk mencari barang2 yg nak dibeli.. especially periuk2.. huhu
Sekitar pasar tanah merah. Mencari keropok2 untuk diagih-agihkan ke kawan2 dan sedara.
Dlm perjalanan balik kl. Singgah di Hentian Rehat Gua musang.
Ni la keadaan bonet kereta aku.. saratttt..!! mcm2 ada. Huhu.. abis absorber aku. Dari Tanah Merah 3pm. Sampai Subang dlm 9mlm.. huhu kebas. Nasib baik tak jem.
Singgah makan kat bangi. Anak aku dah bising ajak makan. Lapar. Syukurlah selamat tiba dirumah dalam pukul 11mlm.
The next day bini aku dapat call dari BPH tawaran masuk rumah teres. So ini lah rumahnya.. Presint 8..rumah pun no 8. No keta pun 8000.. Huhu semuanya lapan termasuk birthday aku. Ada ong kot...insyaallah

Doa Dari Forum Kanak-Kanak

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.

 
Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya.
 
Di dalam kesibukan menjalankan aktiviti harian,
kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu.Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
 
"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!"

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalamBahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimatyang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan"Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiapbacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - ÙŠَدْعُÙˆ - دَعْÙˆَØ© )yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.

Sebagai contoh:

a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:


Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...

(Surah Yunus ayat 106)


b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:


...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.

(Surah Al-Baqarah ayat 23)


c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:


...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...

(Surah Al-Mukmin ayat 60)


d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:


Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...

(Surah Al-Isra' ayat 52)


e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:


Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...

(Surah Al-Isra' ayat 110)


f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:


Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...

(Surah Yunus ayat 10)


Doa Ketika Ditimpa Bencana



Maksudnya:

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia."

Doa Ketika Keluar Masjid


Maksudya:

"Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu. Ya Allah, Peliharalah daku dari syaitan yang direjam".

Doa Ketika Masuk Masjid


Maksudnya:

"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajahNya Yang Mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu"

Doa Pergi Ke Masjid



Maksudnya:


"Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku (percakapanku) cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya, dari kananku cahaya, dari hadapanku cahaya dan dari belakangku cahaya, Jadikanlah dalam diriku cahaya, besarkanlah cahaya bagiku dan agungkanlah cahayabagiku. Jadikanlah bagiku cahaya serta jadikanlah diriku cahaya. Ya Allah, berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah dalam urat sarafku cahaya, dalam dagingku cahaya, dalam darahku cahaya, pada rambutku cahaya dan pada kulitku cahaya"


Doa ketika memasuki Rumah



Maksudnya:

"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal" .


Doa Ketika keluar Rumah


Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".




Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku"


Doa Ketika Masuk Tandas


Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".


Doa Ketika Memakai Pakaian


Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku"


Doa Ketika Bangun Dari Tidur


Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.





Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku

Sumber : Muhammad Nazir (Mujahidin Cyber)