1. Hari ini adalah hari terakhir bekerja.. Sedangkan esok dah nak pergi Indonesia. Agak sebuk hari ni dan tak berapa sempat nak buat research pasal trip kali ini. Tak macam yang aku buat semasa nak pergi ke China dulu.. Tapi memandangkan Bandung yang tempatnya kebanyakkan orang Islam. Jadi mungkin dari segi makanan kami tidak akan menghadapi masalah. Lagipun seminggu dua lepas wife aku dah buat beberapa research pasal tempat2 menarik, hotel dan shopping..biasa la.. Dan aku pun dah suruh dia noted kan supaya menjadi panduan masa kat sana nanti.
2. Banyak benda kena prepare sebab nak bercuti ni sebenarnya. Kat opis ni pun kalau aku tinggalkan 2..3 hari macam ni. Byk benda nak kena pesan kat dorang. Mana tahu sepanjang aku bercuti ada benda2 penting yang customer nak. Kebanyakkan benda yang aku buat dorang tak tahu.. Jadi kenalah aku siapkan apa2 yang aku jangkakan perlu semasa aku tak ada nanti. Ingat nak bawak laptop pergi sana. Tapi susah jugak sebab saiz nya besar..nak usung ke sana-sini tu agak berat. Kalau 12" punya laptop sure aku dah usung. Tapi aku rasa kat sana nanti mesti ada cyber cafe. Jadi bolehlah check email apa2 yang patut.
3. Esok perjalanan akan bermula 7pagi. Semalam dah confirm dgn abah aku suruh dia hantar ke LCCT. Flight pukul 9.50am. So dijangkakan tiba di Jakarta sekitar Jam 10.50am. Mungkin akan sampai waktu tempatan 9.50am jugak memandangkan jam di sana lambat sejam. Dari Jakarta aku dan Hubungi Pak Taufik (Tel: 81931201160) yang di rekemenkan oleh sahabat di respek. Dia janji nak sediakan Innova dan harganyapun ok dalam Rp650k berbanding yang wife aku tanya tu mahu Rp700k. Jadi boleh la jimat sikit. Penginapan aku sudah menempah Hotel Karmila. Sekitar harga Rp300K++. Tapi kami akan ke Royal Dago 2 dulu sebab ratenya agak murah sekitar Rp180k.. Tapi masa telefon kami tak dibenarkan booking sebab konsep dia 1st come 1st serve. Jadi tengok la nanti.
4. Yang pasti perjalanan ni pasti agak menarik kerana beberapa persiapan dan dilakukan dengan teliti sekali. Ini termasuk melayari blog2 mereka yg dah pernah ke sana. Peralatan dan dari segi kewangan..sebab kami pergi ke sana sebagai jutawan!! hehe tunggulah nanti..
To be continue..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan