Jawatan Kosong (Job Vacancy)

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput
anda...Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin
sekejap lagi)..
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud
begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu
diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada
saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim,
maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada
sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di
hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian
malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka
malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu:

Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku
hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang
kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-
laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada
Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan
dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat
insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata
padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan
kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya
baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan,
kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini......

Sumber: Respek

Tiada ulasan: