Dua sahabat A dan B berjalan di pantai. Si A ini agak nakal, asyik menganggu si B. Ada sahaja keletahnya yang kadang-kadang melampau. Puas disepak-sepaknya air, dibalingnya batu kepada si B.
Si B tidak membalasnya hanya menulis sesuatu di atas pasir pantai itu menggunakan ranting kayu. Si B menulis; hari ini si A mengangguku.
Si A tersinggung dengan keletah tapi masih menjalan mengekori si B.
Mereka meneruskan perjalanan di atas batu. Tiba-tiba si B terjatuh dan terkapai-kapai di dalam air. Si A tanpa membuang masa terus terjun ke dalam air dan menyelamatkan si B.
Setelah si B pulih dari kelemasan, dia mengambil satu batu kecil dan mengukir sesuatu di atas batu. Ukirannya; hari ini si A telah menyelamatkan aku.
Lantas si A bertanya mengapa si B menulis perilakunya (si A) di atas dua tempat berbeza.
Jawab si B; sewaktu kau mengangguku, aku rakamkan ingatan itu di atas pasir. Pasangnya air laut akan terhapuslah tulisan itu. Samalah kekesalan aku atas perbuatan kau akan hilang juga jua.
Tapi sewaktu kau menyelamatkan aku, aku rakamkan ingatan itu di atas batu. Pasangnya air hingga mungkin berpuluh atau beribu tahun akan masih kekal lagi tulisan itu. Samalah ingatan aku atas perbuatan kau akan kekal jua
Sumber: Respek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan