Semalam pagi2 aku dah bangun..
Mata punyalah ngantuk tengok bola Man Utd vs Everton sampai kul 3pagi..
Ingat nak pegi latihan SPDRM.. Tapi rasa malas lak..
So aku sms je la penyelia cakap ambik EL.. Lagipun tak pernah aku amik EL lagi.. lain2 leave adalah.
So pagi2 bangun kejut anak bini.. lepas siap pegi ke Shah Alam pasar tani mega.. aktiviti rutin bila aku tak buat apa2 pada hari minggu.
Kemudian mcm biasa pegi rumah mak aku..
Tgk mak aku takde, ada mesyuarat dengan Jawatankuasa penduduk..
So aku pun basuh keta la kat rumah dia senang nak basuh rumah bawah.
Mak aku balik je.. kami makan tengahari bersama-sama.
Lepas Zohor aku gerak laaa.. malas nak dok lelama sana.
Mula2 singgah lembah subang. ada satu kawasan baru tu ada taman tema disney.. nak masuk tutup lak.. dia bukak malam je kot.. so bwk mia pusing2 kawasan sekitar sambil ambik gambar kat kawasan tu.. ok jugak tempat dia.. lain kali kena datang malam baru cantik.
Ni di depan salah satu restaurant kat pekan tu.. marvelous view!Ada pentas untuk persembahan. malam ada la kot
Mia tolong ambik gambar mama + papa dia.
Byk mural kat sini.. aku klik semuanya untuk mia.
Mia cakap dia bleh bawak keta ni kalau papa beli.. hehe
Starbucks pun ada.. lokasi pun cantik
Mia mula2 takut nak bergambar ngan spiderman patung ni.. lepas tengok org ramai amik gamabr tu dah berani la pulak.
Kedai + gerai2 kat sana jual mcm2 benda unik.. best gak.. lain dari yg lain. Tapi kitaorg tak beli apa. Sebab nampak mcm semuanya takde sebab nak beli.
I'll kiss you everyday my dear!
Dari sana kitaorang terus merayau2 sekitar Chow kit. Lama aku tak jalan2 tgk bundle. Pun tak beli apa2 pun.. sebab semua benda dah ada. Just jamu2 mata je tgk barang2 kat situ.
Lepas tu kami pegi makan sup kambing kat Jln Dooraisamy..
Lama tak makan sup kambing kat situ..
Dulu sangat2 famous zaman2 bermotor.
Dari sana saja2 singgah jalan2 sekitar petaling street. Kebetulan KL agak tenang sebab ramai org masih tutup kedai dan bercuti CNY. So parking pun senang.. Jln pun tak sesak. Sempat gak minum Air Mata Kuching yg famous kat situ..
Bini aku tak minum benda2 buatan tanya org2 cina ni..
Aku je la yg bedal.
Keadaan petaling street sejak berwajah baru aku tak pernah dtg. Ni kira 1st time. Tapi ke"samseng" an peniaga2 kat sana tetap mcm dulu..
Aku pesan dah kat bini aku tgk2 je tau.. jgn beli apa2
Byk sangat tgk branded2 punya beg. Bini aku gian gak nak beli..
Aku je tahan.. bukan apa nanti bleh survey kat bandung bulan 5.
Lagi murah kot.
Mia cakap dia takde lagi baju KLCC..
Huhu.. kena beli gak satu kat dia.. Dok kl tapi takde baju KLCC lak..
T-shirt cotton murahan je.. harga RM4.. boleh laa buat pakai2 kat rumah.
Dari situ.. terus merayap kat Central market lak. Saja ingat nak cari2 sticker. Tapi tak jumpa lak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan