Panduan Berjimak


Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah 
wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya 
dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang 
berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan 
menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang 
bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika 
Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang 
yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil 
melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah 
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang 
buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai 
tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 
hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi 
seorang yang suka meminta - minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap 
saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah 
mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan 
pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya 
membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng.
Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu 
menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati 
batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam 
kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah 
mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta 
pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu 
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga 
malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan 
menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal 
malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan 
anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, 
sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Tiada ulasan: