




















![]() |
BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGAN MEMBOHONGI ANDA?
Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Oleh: Amin Hazyq, N.A. Salleh
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difikirkan oleh seseorang pengendali majlis, iaitu perkara yang perlu sebelum majlis, ketika majlis dan selepas majlis tamat.
3 Sehari sebelum majlis
4 Hari majlis
5 Selepas majlis tamat
Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima jemputan dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis, cara anda mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan anda semasa makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya. Antara adab meja makan yang saya paling kurang mahir ialah cara menggunakan pisau, garpu dan sudu. Walau bagaimanapun, saya selalu menggunakan tips di bawah untuk membantu saya ingat sudu dan garpu yang sepatutnya digunakan ketika makan.
Menggunakan pisau, garpu, sudu dan kadang-kadang, tangan!
Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh, steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya.
Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu tahu sudu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam.
Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu yang paling kiri. Namun, trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja!
Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini semata-mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengan tangan kiri.
Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecilbeberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.
Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu atau garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk.
2. Salad � gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit berbanding garpu biasa.
3. Ikan � gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.
4. Daging � gunakan garpu utama yang disediakan.
5. Pencuci mulut � sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya. Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.
6. Asparagus � asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus tersebut tidak disaluti apa-apa sos. Jika tidak, anda boleh menggunakan garpu yang disediakan untuk salad.
7. Bacon � apabila bacon iaitu kepingan daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek biasa. Hal ini kerana agak susah untuk memotong bacon yang garing menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu bacon tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong!
8. Roti � roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu mentega tersebut pada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda dibenarkan memotong ban berkenaan memanjang di tengah dan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi mencairkannya.
9. Biskut � biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan buah-buahan atau tuna di atasnya.
10. Jagung � sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan secara sebiji-biji, anda dibenarkan makan dengan menggunakan tangan. Sekiranya mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu pada dua baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris berikutnya.
11. Kentang goreng, ayam goreng dan burger � makanan seumpama ini dikategorikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlis-majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.
12. Sandwich � sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filling yang terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.
13. Buah-buahan kecil bertangkai � kadang-kadang pada juadah pencuci mulut, dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang! Bagi gugusan buah anggur yang dihidangkan dengan tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. Jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi orang lain
Tell me how I'm supposed to breathe with no air? If I should die before I wake It's cause you took my breath away Losing you is like living in a world with no air I'm here alone didn't wanna leave My heart won't move it's incomplete If there was a way that I could make you understand But how do you expect me to live alone with just me?
Cause my world revolves around you it's so hard for me to breathe Tell me how I'm supposed to breathe with no air? Can't live, can't breathe with no air It's how I feel whenever you ain't there It's no air, no air... Got me out here in the water so deep Tell me how you gonna breathe without me? If you ain't here I just can't breathe It's no air, no air... I walk, I ran, I jump, I flew Right off the ground to float to you With no gravity to hold me down for real But somehow I'm still alive inside You took my breathe but I survived I don't know how but I don't even care So how do you expect me to live alone with just me?
Cause my world revolves around you it's so hard for me to breathe Got me out here in the water so deep Tell me how you gonna breathe without me? If you ain't here I just can't breathe It's no air, no air...i will die...Hutang merupakan suatu kaedah urus niaga atau muamalat yang telah wujud dalam kehidupan manusia bermasyarakat sejak berabad-abad lamanya.
Cuma bentuknya agak berubah, jika dahulunya ramai yang berhutang barang keperluan, sekarang lebih ramai yang berhutang mata wang.
Jika dahulu ramai yang berhutang kerana terdesak, sekarang ada yang berhutang kerana ingin mengekalkan lagak..
Jika dahulu orang berhutang dengan duit, sekarang segalanya dipermudahkan dengan kad kredit.
Berhutang bukanlah suatu amalan yang ditegah, bahkan dalam sistem kehidupan kita hutang dalam apa jua bentuk dan namanya adalah suatu yang diiktiraf kewujudan dan kepentingannya.
Agama juga mengakui ada ketikanya hutang diharuskan, walaupun bukan itu yang digalakkan.
Setiap kita berhutang dalam kapasiti dan kuantiti yang berbeza. Ada yang berhutang kerana tidak membawa duit pada waktu tersebut, malah lebih ramai lagi yang berhutang kerana sememangnya tidak berduit. Bukanlah kapasiti kita untuk membincangkan perkara tersebut. Tepuklah dada, tanyalah diri sama ada hutang itu perlu atau boleh ditunggu.
Nabi mengajar kita supaya sentiasa berdoa agar dilepaskan kita daripada beban hutang. Namun, perkara yang sering kita lupakan tetapi sebenarnya lebih penting ialah bab membayar hutang..
Tiada aib jika kita berhutang tetapi suatu kesalahan besar jika tidak membayarnya. Walaupun begitu, dengan tidak menafikan golongan yang sememangnya benar-benar kesuntukan wang untuk membayarnya, namun wujud sekelompok manusia yang sengaja tidak mahu untuk membayar selagi tidak diminta.
Budaya ini amatlah jelas bertentangan dengan suruhan agama yang mana Nabi bersabda bahawa hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut.
Sebagaimana tiada orang yang memanggil kita untuk berhutang, seperti itulah sepatutnya kita bersegera untuk melunaskannya walaupun tanpa sebarang notis berwarna merah. Itu adalah tanggungjawab kita.
Bermula dengan hutang dengan saudara-mara dan jiran sekampung, sehinggalah kepada pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara, ramai yang menunggu untuk membayar setelah dipanggil dengan notis.Pada masa yang sama, dalam hati merasa amat senang dan terlepas daripada gangguan sekiranya tiada pihak yang datang menuntut. Mujur sekali rasanya, jika pihak yang memberi pinjaman ini lupa terus untuk menuntut walaupun sikap ini amat tidak disukai oleh agama dan negara.
Lebih parah lagi jika hutang yang 'dibuat lupa' ini melibatkan ahli keluarga atau jiran tetangga. Selagi mana tidak dibayar, selagi itulah tidakkan hilang calarnya.
Hatinya pasti membuak-buak perasaan buruk sangka dan hilang kepercayaan terhadap saudara darah dagingnya. Putusnya silaturahim angkara siapa, jika bukan kerana kita yang melupakan orang yang pernah menolong kita.
Pastinya, tiada yang marah jika kita benar-benar memberitahu mereka kenapa kita tidak mampu membayar pada waktunya. Tidak pelik juga ada yang akan menghalalkan terus hutang tersebut kerana kejujuran yang kita luahkan. Akan lenyaplah segala buruk sangka dan terpadamlah api kemarahan yang marak membara. Silaturahim yang layu kekeringan tidak mustahil akan subur semula.
Kepada graduan yang membuat pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka, ingatlah bahawa wang yang dipinjam ialah wang negara dan wang rakyat.
Satu peluang telah diberikan sehingga kita berjaya dan seharusnya peluang itu kita berikan kepada generasi yang lebih muda dan lebih memerlukan daripada kita. Tidak akan aman roh kita sekiranya mati kita dalam keadaan hutang yang belum diselesaikan.
Sementara aura hari kebangsaan Malaysia yang masih membara, marilah sama-sama kita memerdekakan diri daripada berlenggu hutang yang sifatnya suka melilit kita.
Bermula dari hutang membayar harga nasi di pinggan, melarat sehingga keliling pinggang lama-kelamaan ia naik ke leher dan tidak mustahil akan menjerut kita suatu hari nanti. Justeru, segeralah kita membayar hutang pada waktunya. Hutang kita tanggungjawab kita.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadis maksudnya:
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda: "Barang siapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar) maka Allah akan membinasakan dia." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada bersabda dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang mengatakan bahawa orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman.
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutanganya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan." (Riwayat Al-Imam At-Tarmidzi)
Sumber : LynnTiger