Surat Permohonan Bantuan Kewangan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat JKMM

Nama Pemohon
Alamat               


Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan,
No 3, Jln Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan                                                                                        10 April 2014


Tuan/Puan,


PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN

Merujuk maklumat yang tertera di atas bertarikh 10 April 2014.

Dukacitanya saya seperti nama di atas, ingin memohon bantuan kewangan bagi tujuan penyaraan pendapatan keluarga untuk memenuhi keperluan asas kehidupan daripada pihak tuan atau apa-apa bantuan yang bersesuaian yang ada disediakan oleh pihak JKMM.

2. Untuk makluman tuan, tujuan utama saya memohon bantuan kewangan ini adalah :-

a)    Meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna setelah putus mata pencarian akibat jatuh sakit jankitan kuman akibat diabetes sejak dari Januari 2014 yang lalu (Rujukan Laporan Doktor Pusat Perubatan Universiti Malaya)
b)   Sebagai tampungan dari kos perubatan dalam proses pemulihan dari sakit (Rujukan kad rawatan semasa) untuk ke arah hidup berdikari.

3. Sumber pendapatan semasa dari isteri saya adalah sebanyak hanya RM600 sebulan yang diperolehi dari hasil menjaga anak jiran menjadi sumber tunggal untuk kami meneruskan kehidupan harian. Manakala RM300 sebulan dari pemberian anak-anak adalah hanya menampung kos perubatan dari masa ke semasa sehingga pulih.

4. Keadaan ini berlaku sejak saya jatuh sakit pada bulan Januari 2014 dahulu. Segala wang simpanan telah habis digunakan dalam masa 3 bulan kebelakangan ini untuk proses rawatan, bil dan ubat-ubatan.

5. Saya sebelum ini bekerja sebagai pemandu teksi (Rujukan: Pas Kerja) di Persatuan Jurupandu Usahawan (P.J.P.U) KLIA. Purata pendapatan sebelum saya terlantar sakit adalah sebanyak kira-kira RM2500.00 sebulan. Tetapi sejak saya terlantar sakit, saya terpaksa menyerahkan pengurusan teksi tersebut pada pihak Koperasi yang mengedalikan organisasi itu. Sejak dari itu tiada lagi sumber pendapatan melalui itu.

6. Saya mempunyai 5 orang anak. 3 lelaki dan 2 orang perempuan. Harapan untuk mendapat sumber kewangan penuh dari mereka adalah terhad kerana masing-masing sudah bekeluarga kecuali seorang yang sedang mengidap penyakit Thalassemia. Gaji mereka juga agak sederhana dan hanya dapat menyumbang sedikit dari keperluan perubatan saya.

7. Anggaran kasar kos sara hidup bertiga iaitu saya, isteri dan anak bongsu kami yang mengidap sakit thalassemia adalah seperti berikut:-
a) Penginapan/Rumah RM250.00
b) Bil api & air – RM200
c) Barangan keperluan makanan bulanan – RM400
d) Belian harian keperluan makanan (RM20 x 30hari) – RM600
c) Perubatan (Anggaran berdasarkan 3bulan sebelum termasuk pengangkutan ke hospital – RM300
e) Lain-lain/Kecemasan – RM200

8. Sebahagian mungkin dapat saya tampungi dengan usaha isteri saya dan anak-anak beserta wang simpanan. Tetapi mungkin saya dan keluarga tidak akan bertahan lama dengan keadaan kos begini sekiranya keadaan saya berterusan mengidap pelbagai penyakit dan berusia.

9. Dengan permohonan dan sekiranya mendapat kelulusan dari pihak tuan saya mengharap dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh kami sekeluarga  sekurang-kurangnya buat sementara waktu sehingga suatu masa kami dapat berdikari semula.

Saya akhiri kata-kata ini dengan ucapan terima kasih dari saya di atas masa dan ketelusan budi bicara tuan membaca surat permohonan saya ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.
Pemohon
No Kad Pengenalan


Lampiran:
1)   Kad Pengenalan Pemohon
2)   Kad Pengenalan Pasangan Pemohon
3)   Rekod Perubatan
4)   Kad Perubatan
5)   Kad Pekerja

6)   Gambar

4 ulasan:

MYSTIC & WIERD TREES FOR SALE berkata...

Thank you very much for the information which is useful for others..

Unknown berkata...

Sangat membantu, t. Kasih

Unknown berkata...

Perkongsian yang sangat membantu. Mohon halalkan ilmu yang baik ini semoga Allah merahmatinya, aamiin.

Unknown berkata...

Alhamdulillah, terima kasih bbykbats bantuan dlm menyediakn senarai perkara yg perlu di persiapkan pd JKM bgi permohonan yg baru sy buat...