Blackberry Yang Pelik

Blackberry Yang Pelik
By PC.com Team | Majalah
 
 
 
 Tech Blackberry Curve 9360
Dimensi:109 x 60 x 11 mm
Skrin: 2.44-inch TFT
Memori: 512 RAM
Storan: 512MB, expandable via MicroSD
CPU: 800MHz
Nilai: 7/10
Ciri-ciri: 7/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 9/10
Penggunaan: 8/10
Hasil Ujian:  Agak kecil
Sebab Majalah Tech Sukakannya: Bukan macam telefon pintar lain!
Skor: 7.8/10
Blackberry terkenal dengan kualiti telefon bertaraf bisnes mereka. Platform yang terus kukuh bersama sistem keselamatan yang tinggi membenarkan pengguna korporat menggunakannya tanpa perlu bimbang tentang penggodam memecah masuk ke dalam fail mereka. Curve adalah model pemula yang mungkin akan menjadi pilihan orang yang baru berjinak dalam arena telefon ala perniagaan ini.
Dimensi sama
Mengekalkan tradisi mereka, RIM memberikan Curve rekaan dimensi yang lebih kecil dari model yang lebih mahal. Jika ia adalah telefon skrin sentuh, mungkin satu masalah yang dihadapi anda tidak dapat menekan dengan tepat lokasi di skrin namun isunya amat berlainan pada Curve. Papan kekuncinya yang kecil tidak selesa untuk digunakan untuk menaip teks yang panjang. Kalau untuk membalas mesej BBM atau SMS tak apa sangat tapi kami agak kecewa sedikit apabila hal ini berlaku.
Cantik
Dari pandangan luarannya, Curve agak segak dan anggun.  Ia mempunyai 'curve' yang sempurna di badannya. Gabungan warna putih, krom dan kelabu di belakangnya memberikannya lebih watak dari telefon kontemporari yang lain. Nisbah beratnya juga agak menarik kerana ia lebih berat pada bahagian bawah telefon. Bermakna, ia menjadikannya senang dipegang kerana sentiasa akan jatuh ke dalam tapak tangan anda secara teori gravitinya.
Sentiasa berhubung
Keselamatan adalah segalanya bagi RIM dan Blackberry yang menjadikannya satu kelebihan namun ada juga kelemahannya. Untuk sambung pada internet anda perlu melakukan beberapa perkara spesifik. Seperti melanggan kepada akaun Blackberry dan juga sambungan data yang aktif walaupun anda tak perlukan sambungan data. Ya, untuk menggunakan internet melalui WIFI pun anda perlu ada pelan data dahulu. Amat pelik.
Cas Semula
Meter bateri pada Curve tak bermaksud apa apa.  Ada ketikanya separuh bar akan tiba-tiba habis dalam dua jam tanpa sebarang aktiviti. Manakala ada ketikanya menggunakan telefon dengan kerap pun, takat baterinya sama saja. Namun masalah tersebut tidak pula terjadi jika anda sentiasa menyambungkannya pada pengecas, tapi seperti penggunaan biasa bagi telefon, kita perlu tahu sebanyak mana bateri yang betul- betul tinggal. Mujur masa cas semula agak pendek namun kadang-kadang tak tahu sama ada ia perlu dicas atau tidak, pelikkan?  Satu lagi yang menarik adalah ketika dicas Curve akan memaparkan jam dan menyuruh kamu setkan penggera. Amat pelik kerana anda hanya dapat setkan satu penggera saja pada satu satu masa.

Sumber: Respek

Tiada ulasan: