Simbol ini dipanggil second generation on-board diagnostics (OBD-II) mula diperkenalkan sejak tahun 1996. OBD digunakan untuk mengurus dan mengawal operasi enjin supaya enjin berfungsi dengan efisyen dan memaklumkan bila perlu diservis.
Bila kunci dihidupkan lampu "Service Engine Soon" or "Check Engine" akan menyala kerana OBD akan semak kerosakan. Lampu akan padam apabila tidak ada masalah dikesan.
Apabila lampu OBD nyala semasa memandu. – menunjukkan kenderaan mungkin mengalami pembaziran petrol, jangka hayat enjin pendek atau menyebabkan pencemaran udara yang berlebihan.
Apa tindakan perlu buat bila lampu menyala –
a. Jangan panik
b. Pastikan penutup tangki minyak petrol tidak longgar atau hilang. Sentiasa matikan enjin apabila mengisi petrol.
c. Jika lampu masih tidak padam lagi untuk perjalanan singkat, cuba tukar penutup minyak petrol yang baru ataupun ketatkan lagi serta hantar kereta untuk disemak pada mechanic yang bertauliah. Jangan biar lama ia akan merosakkan kereta anda.
Jika lampu OBD berkelip – masalah yang besar mungkin berlaku perlu diambil tindakan segera. Anda boleh memandu lagi tetapi cuba meminimumkan perjalanan. Jangan cuba memandu laju atau membawa beban yang berat.
Apa mekanik akan buat – untuk tujuan menguji OBD pada kereta mekanik perlu ada alat OBD scan untuk mendianogsis masalah. Mekanik akan menyambung alat kecil pada penyambung biasanya di bawah dashboard untuk download maklumat masalah yang dihadapi. Mekanik akan membaiki kerosakan yang dijumpai. OBD membantu mekanik memudahkan kerja pembaikan kenderaan. Olah itu pasti anda bawa kereta ke kedai yang ada alat OBD scan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan