HARI QUDS SEDUNIA (YAUMUL QUDS)
Hari al-Quds Sedunia adalah hari umat Islam tertindas seluruh dunia. Pada hari ini, umat Islam bangkit dan mempertahankan hak rakyat Palestine dan menentang penindasan rejim Zionis. Ini merupakan sebahagian proses pendidikan yang harus diterapkan dalam masyarakat Islam sedunia.
Hari al-Quds ulung-ulung kalinya diisytiharkan oleh Almarhum Imam Khomeini, untuk menjadikan Jumaat terakhir di bulan suci Ramadhan sebagai Hari Quds.
Ianya bukan untuk kepentingan politik Iran walaupun Iran merupakan negara Islam pertama yang mengisytiharkan Hari Quds ini, tapi ianya merupakan dimensi penyatuan antara semua mazhab2 dalam dunia Islam. Kita harus sentiasa ingat bahawa "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".
Sesungguhnya inilah umatnya kamu umat yang satu. (Surah Anbiya : 92)
Isu Palestine adalah isu kemanusiaan sejagat. Ayat ini jelas menunjukkan, Allah menyarankan supaya kita menjadi umat yang satu dan menjadi kewajipan setiap aliran Islam di dunia ini dari kalangan pemimpin sehinggalah ke ahli-ahli biasa (grass roots) mengambil satu langkah positif untuk mencari, berusaha dan bermuzakarah supaya mendapat 1 titik persamaan yang boleh menyatukan umat Islam supaya mereka dapat bergerak seiring dan sejalan. Isu Palestine merupakan titik persamaan buat semua umat Islam. Bayangkan jika seluruh umat Islam seluruh dunia bersatu untuk menegakkan isu Palestine, pastinya akan mengerunkan musuh Islam khususnya Israel dan Amerika.
Kalau ada umat Islam yang prejudis atau tidak sensitif atas isu ini, maka orang ini tidak mahu orang-orang Islam bersatu dan menjadi kuat, malah lebih menyukai umat Islam sentiasa lemah dan ditindas.
Mahmoud Ahmadinejad dalam pidatonya pada 26 Oktober 2005 di Tehran, telah membuat dunia gempar kerana kenyataan seperti ini, "Israel must be wiped off from the map" yang bermaksud Israel harus dihapuskan dari peta dunia.
Mengapa kaum muslimin sedunia harus membela Palestine?
Seruan Syed Ali Khamanei sempena Hari al-Quds Sedunia :
"Israel mengaku sebagai pemilik peradaban, padahal mereka tidak memiliki satupun kriteria sebuah peradaban dan kemanusiaan. Sejarah telah menyaksikan kejahatan manusiawi yang dilakukan oleh rejim Zionis di Palestin dan Tebing Barat Sungai Jordan, namun kuasa-kuasa besar tetap membisu. Mereka justeru membela rejim Zionis"
- · Bukankah sudah tiba masanya, melaksanakan kewajipan mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran dihadapan kuasa besar (Zionist) yang zalim?
- · Adakah terdapat peristiwa lain yang lebih berdarah daripada peristiwa Gaza dan Palestine?
- · Dimanakah para cendekiawan dunia Islam khususnya di dunia Arab? Bilakah mahu mengakhiri sikap tidak peduli terhadap rakyat Palestine?
Kesan dari penindasan dan kezaliman Israel :
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Surah al-Maidah : 51)
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan