Photoshop-Zoom Blur


Teknik menggunakan Zoom Blur ke atas imej untuk mendapatkan kesan dramatik. Kaedah ini menggunakan layer mask (lebih baik daripada cara eraser).

HASIL:

FOTO ASAL:

LANGKAH 1:

  • Buka foto pilihan anda di dalam Photoshop.
  • Duplicate layer Background, tekan Ctrl + J.

LANGKAH 2:

  • Applykan filter Radial Blur ke atas layer yang baru diduplicate tadi.
  • Klik menu Filter > Blur > Radial Blur. Pilih Blur Method: Zoom dan setkan nilai Amount yang sesuai. Untuk contoh ini saya setkan pada 80.
  • Sekiranya, kesan Zoom Blur terlalu kasar anda boleh menggunakan Filter > Noise > Despeckle untuk mengurangkan kesan ini. Applykan beberapa kali sehingga berpuas hati.

LANGKAH 3:

  • Kemudian, klik pada ikon add layer mask di bahagian bawah panel layer.
  • Tujuan menambah layer mask adalah untuk 'menghilangkan' bahagian layer 1 supaya subjek menjadi lebih fokus (jelas).

LANGKAH 4:

  • Sekarang, setkan warna hitam sebagai Foreground Color. Tekan huruf 'D' dan kemudiannya huruf 'X'.
  • Dengan menggunakan Brush Tool, sapukan warna hitam ke atas layer mask di bahagian tengah imej iaitu pada bahagian yang anda ingin dapatkan fokusnya kembali. Sapukan sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
  • Siap!

HASIL:

Selamat mencuba!
source: sifoo.com


Tiada ulasan: