Mia's Skool Family Day

Hari tu aku menghadiri Family day Mia punya Day Care Centre "Nasyrah".
Mulanya aku ingat malas nak pegi.. Tapi tgk mia mcm sedih jer..
Lagi pun last year hari sukan dia, aku tak pergi.. Byk jugak terlepas aksi2 anak kesayangan aku ni..
Jadi tahun ni aku pegi la jugak.. lagipun aku takut rugi tak melihat telatah dia pada umur begini..
Sampai je pagi tu.. mia terus masuk beratur ikut cawangan masing2.. Mia cawangan Putrajaya SPR.
Rupanya ada 4 cawangan Nasyrah ni. Putrajaya SPR, Putrajaya KHEPN, Bangi dan Kajang.
Ni semasa pertandingan Mewarna.. Mia tengah berbincang dengan kawan baik dia Atikah Sofea..mungkin stategi mewarna kot
Mia bertungkus lumus mewarna.. sesekali diberi idea oleh Mama dia.. (tapi dia tak nak terima idea dari mama dia..hehe)
Aku sempat jugak jenguk kat paper work mia.. huhu org warna coklat gelap.. hehe. Tapi aku tak komen. Aku tau mia tak suka kalau byk komplain keje dia.. hehe
Keputusan pertandingan mewarna diumumkan. Mia berjaya meraih tempat ke 3. Itu pun dah cukup mengembirakan kami sekeluarga.!
Hadiah yg mia dapat
Mia menyertai acara music chair lak.. Panas terik tu..
Semasa aksi music chair.
Mia tersingkir pada babak2 awal lagi..terus nangis.. kesian.
Walaubagaimanapun mia dapat hadiah saguhati.. jadi laaa. asalkan ada hadiah dah ok dah bagi dia..biasa la bebudak
Mia menyertai acara Roda Impian pulak.. Dia wish untuk dapat tabung. Tapi dapat hadiah gula2 jer.. hehe
Ini acara kira duit raya yg disertai oleh parents. Aku tak masuk acara ini. Mama mia jer masuk.. Dapat tempat pertama. Bab kira2 wang ni pompuan memang pandai!
Aku ada jugak masuk 2 acara.. win lose or draw.. dan tarik tali.. Win lose or draw tu mcm biasa dapat saguhati je..
Tarik tali pun begitu.. mana la kuat tarik.. besau2 org tu. Untuk maklumat, gambar bagi kedua2 acara ini tidak dapat dirakamkan.. 



Jadi bapa bukan sangat teruk seperti yg kita sangkakan semasa belum kawin dulu..
Malah aku juga ada bercadang untuk tidak mempunyai anak dalam beberapa tahun selepas berkahwin..
Tapi rasanya itu semua dulu.. Sekarang ni aku sangat2 menyayangi dia. Malah lebih dari apa yg kita boleh fikirkan!

P/S : 
Memo from Child 


1. Don't spoil me. I know quit well that I ought not have all that I ask for, I'm only testing you.

2. Don't be afraid to be firm with me, I prefer it. It makes me feel more secure.

3. Don't let me form bad habits, I have to rely on you to detect them in the early stages.

4. Don't make me feel smaller than I am, It only makes me behave stupidly big.

5. Don't correct me in front of people if you can help it.

6. Don't make me feel that my mistakes are sins, it upsets my set of values.

7. Don't be upset when I say "I hate you", it's not you I hate, but your power to hinder.

8. Don't protect me from consequences, I need to learn the painful way sometimes.

9. Don't nag, if you do I will need to protect myself by appearing deaf.

10. Don't make rash promises, remember I feel badly let down when promises are broken.

11. Don't tax my honesty too much, I am easily frightened into telling lies.

12. Don't be inconsistent, that completely confuses me and makes me lose faith in you.

13. Don't tell me my fears are silly, they are terribly real to me and you can do much to reassure me if you try to understand.

14. Don't ever suggest that you are perfect or infallible. It gives me to great a shock when I discover that you are neither.

15. Don't forget that I can't thrive without lots of love and understanding, but I don't need to tell you that, do I?



From : Parent Poem

Lets kick some @ss! Malaysia Bolehhh..!!!

TINGGAL selangkah lagi untuk memastikan impian skuad negara mempertahankan trofi Pesta Bola Merdeka selepas membelasah Myanmar, 4-0 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Malaysia akan berdepan Vietnam pada final esok selepas menang ke atas Sierra Leone menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 apabila terikat 2-2 sehingga tamat permainan.
Jurulatih kebangsaan, B Sathianathan terkejut dengan kemenangan besar diperolehi anak buahnya melepasi jangkauan awal iaitu paling tidak seri.
“Pemain menunjukkan peningkatan seperti mana yang dikehendaki dan ini memberikan petanda baik apabila kami beraksi pada kejohanan Piala AFF Suzuki, Disember ini.
“Saya selalu mengingatkan pemain supaya sentiasa bermain dengan baik dan nampaknya mereka patuh dengan arahan yang diberikan. Separuh masa pertama, kami diberi tekanan tapi hanya seketika,” katanya.
Di hadapan 5,000 penonton sahaja,
Malaysia membuka jaringan pada minit ke-26 melalui sepakan percuma menarik Indra Putra Mahyuddin menewaskan penjaga gol Myanmar, Nyi Nyi Lwin.
Bagaimanapun keputusan 1-0 kekal sehinggalah babak kedua bermula dengan jaringan Mohd Safee Sali yang menyambut bola lorongan Indra Putra di sebelah kiri sebelum mengatasi Nyi Lwin m-61.
Indra Putra sekali lagi menambah koleksi jaringan peribadi apabila
Malaysia dihadiahkan sepakan penalti selepas Mohd Safee dijatuhkan dalam kotak penalti untuk kedudukan 3-0 pada m-77.
Ketika perlawanan berbaki lapan minit, penyerang, Mohd Amirulhadi Zainal menggunakan kepintaran dengan mencelah benteng pertahanan
Myanmar untuk menyambut bola lorongan Mohd Safee dan mudah menyumbat gol keempat skuad negara.
Kekecewaan jelas terbayang pada setiap wajah penyokong
Myanmar yang mahu melihat impian pasukan mereka mara ke final.
Myanmar sering memberi tekanan kepada skuad negara melalui asakan bertubi-tubi namun kekebalan benteng pertahanan yang diketuai Mohd Hafiz Zamani Misbah ternyata begitu sukar ditembusi.
Jurulatih
Myanmar, Marcos Antonia Falopa mengakui anak buahnya berdepan tekanan selepas diasak bertalu-talu oleh Malaysia.
“Ia perlawanan sengit.
Malaysia mempunyai pemain berkaliber dan keadaan ini membuatkan pemain saya sukar melakukan serangan.
“Kami kehilangan kawalan bola. Inilah masalah kami sepanjang perlawanan ini.
“Sesetengah pemain banyak melakukan kesilapan. Contohnya di pertahanan kanan yang sentiasa membuka ruang kepada lawan untuk menjaringkan gol,” katanya. (HARIAN METRO; 24 OKT 2008)

Itu kata akhbar..

Samalam aku amat teruja dengan persembahan skuad Malaysia..

Dah lama tak dapat tgk game yg mcm ni..

Seingat aku dulu2 waktu kecik, sebelum bapak aku sertai rancangan..

masa tu kami duduk di seapark Pj.. selalu gak dia bawak aku pergi stadium merdeka tengak pesta bola merdeka

aku tak berapa ingat keaadaan tu.. tapi selalu mcm ada team2 seangkatan kita.. mcm korea dan jepun

masa tu aku selalu pergi stadium naik bas mini.. hehe

Pada pemerhatian aku tgk smalam, byk peningkatan ditunjukkan oleh skuad m'sia..

Fighting spririt tu la yg kita nak tgk..

Takde la lembik je..kejar bola pun dah tak larat..

Aku boleh katakan sejak zaman bujang2 lagi, jarang mis tgk m'sia game

Kekecewaan persembahan jgn cakap laa.. boleh kata selalu..

pergi tgk je, kalah.. asik2 kalah. 

Jarang la memang.. paling kuat pun draw.. paling sakit, kalah dengan bergaya

Tapi itu semua dulu kot..

Skuad yg ada skang mampu menumbangkan lawan2 yg seangkatan dengan mereka..

level2 mereka lahhh..

Ok la tu.. mmg belum sampai tahap korea selatan ataupun Jepun. Tapi buat masa ini, bolehh lah

Sekurang-kurangnya ada la sket semangat nak ke stadium dilain hari..

Takde la asik tgk stadium kosong jer..

Sampai kita jerit maki reffree pun dia dengar!! huhu 


My Trip To Hong Kong, China & Macau

Salam All,
So ini lah China, dari pandangan mata aku..pun pandangan lensa Nokia 6120Classic 2megapixel (je) aku..
Gambar yg aku amik lebih kurang sama mcm kualiti2 lensa camera phone yg lain..kadang2 kabur, kadang2 ok
Namun begitu boleh la buat tatapan sahabat2 kawan2 sedara2 kaum kerabat2 sekelian!

2 object di atas ni.. biasa akan terlihat kat sana..
Masa rakaman photo ni dibuat, aku tak pergi..
Nama tempat ni aku tak ingat, Tapi kat Zhuhai..
Lebih kurang mcm mini China laa.. kat sini bleh tgk mcm2 yg ada kat China.. Cantik tempat ni
Tapi memandangkan aku posa.. pegi lak tghari panas terik..
Malas la aku.. baik aku lepak hotel tido..penat tido, aku gi jejalan sekitar shopping kompleks terdekat..
Lagipun kena tambah RM280.00 untuk tgk show opera cina kat situ..

So aku stay kat hotel.. BTW the tour guide recommended me to undergo sessions of Chinese massage at health centre in hotel to pamper my tired bodies. First hour is a reflexology session. The natural next thing to do is to remove clothes. The masseuses stared at me as if I’re goin to have a nudist-style sessions. I was like"Huh? What the heck?? Massage with clothes off?" Then, the masseuse probably pressed my "sleeping mode" nerve that had me dozing off almost immediately. Next thing I knew is the session was over & total charges for 2 hours of session - RMB80 (great bargain there)



AKu petik dari dlm bas semasa dlm perjalanan dari Zhuhai-Dongguan-Shenzhen,
Lokasi sebenar aku kurang pasti.. sebab kebanyakkan signboard dlm bahasa cina.. mana la cek paham
pun begitu lebih kurang perjalanan 2jam lagi nak ke Shenzhen kalau dari Zhuhai..
Yg unik pasal ni, adalah rumah dia.. kalau dari jauh nampak mcm kotak2 kecik.. 
Lawa gak aku tgk.. Sbb tak pernah la nampak lagi ada kat m'sia
Ini Hospital kat Dongguan, apsal??
Ooo.. ini aku petik semasa nak ambik mereka2 yg cedera akibat kemalangan tu..
Pasal kemalangan, aku akan ceritakan nanti..
Keadaan dlm bas semasa nak bertolak ke Shenzhen..
Aku kat depan sekali.. tgk dorg asik dok dengar si tourist guide bercerita...
sebenarnya, ada 3 tourist guide.. kat macau satu.. china satu n hong kong satu..
mmg rajin bercerita dorg ni..kadang2 nyanyi laa.. hehe
aku tak layan sangat dorg.. buat kerja2 aku sendiri memerhati melalui tingkap bas.. apa yg ada kat luar.
Aku tak paham apa dorg cakap.. kalau perlu baru aku tanya kat budak sebelah aku..
kiranya dia ni jadi penterjemah tak rasmi la..
Ini bukan bus.. tapi lebih kurang mcm bas la.. ini dipanggil airport coach..
takde tempat duduk.. masa ni lepas turun flight nak ke terminal..lebar benda ni..
lebih kurang 1 1/2 lebih lebar dari bas kita..
Ini dlm bas.. lagi. Tapi aku petik dari belakang masa kat Hong Kong. Takut dah duduk depan akibat kejadian eksiden tu..
Haaaa... ini la penterjemah aku.. Tapi dia ni sasau sikit.. asik2 tido jerr..
Maklum la dorg ni minum beer lepas makan.. beer murah kat sana..
sama macam harga beli coke jer.. jadi asik2 minom jer..
aku dok sebelah dah tak tahan cium bau arak yg keluar dari nafas dia.. hampehh betul
Kalau korang nak tau.. Masa hari raya kita tu.. kat China dorg sambut hari merdeka. Yg best cuti hari merdeka dorg selama 7hari..
huhu.. punya la best. kalau la kat msia cuti merdeka mcm tu kan best.. usahkan 7hari, dpt 3hari pun dah best..
Masa hari merdeka dorg ni kami pegi tgk aktiviti dorg ni... tak pegi la tgk perarakkan. Tapi pegi tugu dimata pemerintah pertama china ..Dorg panggil Mr. Teng
Aku pun tak tau sapa..
Ni gambar kat bawah padang ramai org main layan2.. ramai lahhh
Sebb angin pun mmg sesuai untuk aktiviti tu.. so aku petik je la camera!
Ini gambar org jual air tebu...... laaaa ini kat msia pun ada. Tapi yg uniknya dia ni mesin pakai manual
Takde mesin berasaskan enjin mcm kat m'sia..So berpeluh laaa..
Tapi aku tak beli, sebab tak lalu aku tgk peluh dia yg mengalir tu.. hehe
Pagi raya di Shenzhen!! Masa ni aku terbangun sangat pagi.. dlm pukul 6pg. Tapi 6pagi dia dah agak cerah.
Maca, pukul 7pagi m'sia laaa.. bebudak satu bilik ngan aku membungkang lagi..
maklumla.. kepenatan. Lagi pun bukan raya dorg.
Aku bangun pagi2 dok mengadap tingkap.. Sayup2 kat luar langsung takde dengar takbir bergema.
Masa tu jugak terkenangkan famili yg ada kat m'sia. biasa kalau kat m'sia pagi2 ni aku akan bermaafan dengan
mak, abah, adik beradik , wife & anak..
Aku sms ucapan raya untuk famili & kenalan..
Jauh dari dlm sudut hati, aku ucapkan "selamat hari raya" untuk mereka2 yg aku sangat2 sayang..
Sebak.. hingga seakan menitiskan airmata kat bumi Shenzhen!

Ini bas dari airport Hong Kong, nak ke Jeti..
Yg pelik apsal la dorg ni buat jalan kecik jer.. dah la bas tu lebar..
Kalau selisih, satu bas ke tunggu kat area menunggu.. Mcm ni pun boleh
The fastest way to get from Macau to Hong Kong and vice versa would be to go by ferry called turbojet...Laju gak.. mcm ferry k kedah ke langkawi kot..
Ni keadaan dari dlm turbojet. Besar gak ada lebih kurang 12 baris kerusi
Macam mini cineplex..dlm ni ada serve makanan..tapi aku tak makan laa sbb masih posa
Dorg dok berebut nak dok tepi tingkap.. tgk pemandangan laut. padahal punya la byk kosong
Aku ingat nak naik dok atas.. tapi tak bleh sbb kat atas tu premier class..kitaorg beli economi class je..
Ni nak cop passport masuk ke china dari macau..Punya la ramai org beratur. nak lepas kan ni dlm 1/2jam kot..penat berdiri
selapas cop pasport.. je aku lalui kastam..tetiba kastam panggil nak periksa aku.. habis kena geledah beg n barang2 peribadi aku
sampai barang2 toiletries, buku n pasport aku dia periksa satu2.. hampehh
Soal siasat aku dari mana..nak kemana..biasa la kastam.
Ini baru lepas masuk ke China.. Jalan kaki ramai2 pergi ke tempat parking bas..
MAsa ni punya lah panas..
Bergambar beramai2 kat depan Dr. Sun Yat-sen Mausoleum (http://en.wikipedia.org/wiki/Sun_Yat-sen) father of modern China..

Dr. Sun Yat Sen's Memorial Park in Zhongshan, somewhere outskirts of Zhuhai city. Here stands Dr.Sun's birthplace & one of his many residences around the world. Besides is a memorial museum, with impressive collections of his works & stories of the his entire life. With great, detailed explanation of each significant event of his colourful life, spent about 2 hours to travel back in time & browsed thru the stories. Dr.Sun has a Malaysian second wife?? Rumors?




Striking a Pose at the Dr. Sun Statue
Well, just making a fool of myself.






Gambar2 di atas berikut semua di Dr. Sun Yat-sen punya tempat.. mcm2 ada kat situ.. rumah dia (termasuk dlm rumah) kompleks kejiranan pada masa dia tu..muzium.. taman.. mcm2 lagilah..
Aku banyak ambik gambar kat sini sebab dok selit2 dgn kamera budak opis aku ni..
sebab dia suh aku jadi jurugambar dia.. lepas aku tangkap gambar dia, aku suh amik gamabr aku gak..
so sini byk la gambar.. ada beberapa lagi gambar yg aku tak masukkan.. sebab malas nak load.. lama nak load ke blog neh beb!!
Sama mcm m'sia kat sana pun ada tol..perjalanan masuk highway dari Zhuhai ke Shenzhen.. Yg lain sikit uniform dia siap pakai Tie.. pastu dia akan angkat tangan mcm org angkat sumpah.
Ini pulak Road Block Polis dia.. Tempat ni mcm kompleks Tol jugak.. setiap lorong lalu sini akan auto detect lesen dan road tak.. macam2
Ni highway menuju ke Shenzhen.. Jauh perjalanan ni.. Kira2 4jam..
Masuk je highway ..tgk punya la byk lori ngan bas.. highway pulak tinggi2 mcm MRR2..dan jarak jambatan sampai 20-30km..

Dlm perjalanan tu.. bas yg kami naik langgar belakang kontena.. sebab kontena tu perhenti tengah2 jalan tanpa bagi isyarat kecemasan.. pemansu bas ni leka kot.. tak sempat brek.. bila dia elak ke tepi je.. satu lori bawak biji plastik rempuh lah..
Masa rata2 semua tgh tido.. maklum la tghari panas lak tu.. aku xbleh tido sebb masa tu rasa mcm tak selamat je dok depan.. pemandu pelancong tercampak atas tangga.. dan driver bas tersepit pada stering.
Dorg semua terhantuk kat seat depan.. ada yg berdarah mulut dan kaki.. ada gak sorg tu pengsan sebab tgk darah..
Aku mujur laaa sempat pegang besi depan..pastu lari sikit kebelakang.. takut2 langgar kuat. 
Bila aku check tgk semua org selamat, cepat2 turun takut ada kontena lain bantai dari belakang lak..
Yg lain2 lepak dlm bas sebab takde pintu keselamatan.. jenis pintu keselamatan atas bumbung.. huhu
Alhamdulillah la takde apa2.. Lepas tu tunggu la dlm sejam lebih untuk dorg angkut dgn bas lain.. Panas giler masa tu
Ni malam kat macau..
Cantik suasana kat situ mlm2.. sbb bercahaya mcm2.. penuh dgn casino..
Aku masuk gak satu kasino besar.. tapi tak main laa..
tgk dorg main satu cip pun $100 Pataca sekali bet.. ada satu meja main bet juta2 punya..
Gilerr.. aku punya kawan ada gak dok main.. tgh2 main ada satu untie kaco dia mintak cip.. hehe
apa lagi tewas laaaa...
Byk2 tempat aku pegi kat macau sini yg paling cantik & ekslusif.. Sini ada casino, hotel & shopping.. interior dia marvelous.. tempat ni panggil The Venetian (http://www.venetianmacao.com/en). Dorang cakap, kalau pegi macau mesti kena datang sini.. tumpuan pelancong.
So aku ingat nak gi la survey Spek Gucci ke Versace ke.. tapi tgk2 harga RM4000.. huhu mahal2 beb barang kat sini. Kalah KLCC



The Gondolas of the Venetian Hotel
Boatmen are not supposed to sing weird song...Ni konon2 nyer ala2 venice laaaa.. naik bot sambil pendayung menyanyikan lagu2 Spanish.. 

Atas ni gambar2 sekitar venetian.. Tgk langit biru tu, sebenarnya adalah Siling dia.. lawa gakk
Kalau aku kaya aku nak buat siling rumah aku mcm ni.. hehe
Ini dekat Macau... night view.. ada la bangunan lama2.. dorg dok tangkap gambar.. aku dok lepak setempat je.. sebab dah letih
Actually tempat ni tak best pun... rumah flat lama2 dorg. Mcm flat San Peng laaa..
Dekat situ ada pusat jualan kuih2 tradisional Cina.. Dorg cakap sedap..
Tapi aku tak masuk, sebb puasa dan ada serve "menatang alah tu"!!
Ini tokong kat macau which is called the Porto Do Cerco.. dorg pegi.. aku ada tgk gak. Cuma tak tahan byk asap colok!
We proceeded to the St. Paul Ruins... Just beside the ruins were the Mount Fortress and the Macau Museum. Museum was closed at that time because they were renovating but we were told that they'd be open soon.. Too bad... Ini mcm A famosa melaka laaaa.. Kota Portugis dulu2

There were a lot of things to see in Macau…  how I had pictured it??  Macau is pretty much a city as Hong Kong… The place is as alive in the morning as it is at night in comparison to Las Vegas where it is sleepy during the daytime…  Also, unlike Las Vegas where gambling is everywhere with slot machines found even in the remotest place, Macau's gambling spots are confined to the Casinos. (Base on cerita Las Vegas kat Channel 701)
Ini??? Entah.. main tangkap jer
Gelanggang lumba angjing!!
Gambar2 assorted masa kat Macau.. Dorg ni pegi tempat2 peninggalan portugis..Kat macau ni kebanyakkan papan tanda dah iklan ada dwi bahasa. Portugis n Cina. Orang dia pulak kebanyakkannya cina mix portugis. Kulit sawo matang macam kita. Tapi tak mesra mcm kita. Ini 1st day aku sampai punya la susah nak cari kedai melayu. Masa dorg nak ke makan dlm kul 5ptg (waktu jam aku) aku pun jln la sorg2 kat pekan macau ni.. Jln2 punya jln jumpa cyber cafe. Aku ingat ini la peluang nak reload prepaid aku dah habis. Masuk maybank2u reload rm100. cost call ke m'sia rm2.50/minit sms rm2.00/sms.. dpt sms atau dpt panggilan pun kena potong.. mampos
Masa kat CC kebetulan jumpa cewek indon (aku ingatkan portugis mulanya)..aku pun tanya waktu berbuka dlm 6.30ptg katanya.. fuh legaaa.. Cewek tu sebuk tgk airasia nak book tiket balik surabaya..sempat lak aku tanya keje apa..dia kata maid org kaya situ..Oooo.. hehe
"Susah mau cari restauran melayu kat sini bang!" Ada satu restauran masakan padang dekat pasar kira5km dari sini" sambungnya..
huhu.. tak payah laa.. aku keluar cc kena dlm rm4.. Singgah pasaraya dia beli Epal n Roti. Jadi laaa
Bila sampai je Zhuhai, dorg terus bawak ke sini.. Fisher Girl Statue.. the city's symbol just like St Paul Ruins to Macau. The statue is composed of granite & 8.7 metres high, placed at the seaside

Butir2 untuk tempat ini aku sempat gak tgk dlm internet:
The Statue of the fisher girl has become the landmark in the city of Zhuhai, located at the scenic Xianglu Bay. She holds a pearl high in the air with both hands in an elegant pose, admiring its bright luster that also symbolizes the brightness of Zhuhai. The statue is composed of granite and stands 8.7 meters high weighing 10 tons. The legend is that a beautiful fairy maiden fell in love with a young fisherman. He believed some fabricated rumors and asked the girl for the bracelet she wore as proof of her love. Although she knew she would die if the bracelet were removed from her body, she still took it off and presented it to show her deep love for him. The girl died and the fisherman was bitterly remorseful, crying all day and all night. An Immortal named Jiuzhou Elder was moved by their love and helped the young man resuscitate the girl. They offered this huge precious pearl to their benefactor during their marriage ceremony as a token of their appreciation for his kindness.

Tapi kedudukannya agak jauh dari parking bus..aku lak masih posa masa tu..hehe
Cuaca panas.. Aku tak pegi la tengok.. dorg je la ramai2 jalan kaki ke sana.. tapi dari situ aku nampak gak
Cuma nak pegi dekat2 tak praktikal lak masa tu.. tekak sangat2 la haus masa tu..
air laut nampak mcm pepsi blue jer..hehe
Skang ni kena naik atas bukit Shijingshan ni sbb nak tgk pasangan "juliet" ntah mcm mana kononnyer terdampar atas bukit masa banjir besar kot... Aku tak pasti la cerita dia kerana pemansu pelancong aku 100% guna bahasa Mandarin. Translator aku yg cina pun kadang2 pun tak paham..
The view was panoramic up there. You could see the Pearl River where the statue of the Fisher Girl is, the view of Macau and almost the whole of Zhuhai, with its hills green of vegetation.. Mcm biasa laa.. Kalau korang biasa naik gunung mat cincang kat langkawi mcm ni laa.. tapi sini panas oooo
Haaa.. Ni yg patut "romeo" nyer.. btl2 atas bukit tu laa.. dorg dok ambik gambar ngan dia.. pastu sentuh mcm ambil wang..untung dapat keuntungan.. Aku takde la mcm tu.. gelakkan org bergambar je..
Taking the sliding car going down to the entrance..Turun dari bukit tu, naik kenderaan mcm roller coster ni laa.. aku belasah gak naik ni.. ada yg lain2 takut, kena naik cable car.. Satu uncle tu nak naik ni, org tu tak bagi..takut gak nanti tiba2 keras sakit jantung.. Bleh laa syok gak. Rasa mcm nak naik semula. Tapi kena bayar oooo ¥25...
HONG KONG..!! and I don't find Hong Kong cheap at all. So, because we have 5 days and 4 nights to spend for our holiday, the only two places interesting (Macau & Zhuhai) because they give another perspective of the modern China - Macau for the Portuguese-cantonese culture and Zhuhai for the beach, the chinese palace and shopping! Well, Shopping mainly because according to my sources, Zhuhai is the place where you can get cheap goods (mostly unbranded and imitations though). Cheaper than Shenzhen and way way lower than Hong Kong. 



Ni yg mcm rupa bangunan Opera kat sydney tu laa.. 
Gambar2 hari2 terakhir kat Hong Kong.. Ni menatang Emas ni aku tak pasti apa.. tgk ramai org ambik gambar.. katanya mmg bersadur emas.. Masalahnya traslator aku selalu tido.. maklumla letih.. PAstu asik mabuk je.. Mana tak tido.. Nanti aku korek2 la apakebenda ni..
Mungkin la bas antara bandar hong kong.. 2 tingkat nampak exclusive je..byk lak tu yg patern mcm ni.. Cantik2 lak aku tgk..
Ini pulak bus mini dlm bandar dia.. betul2 kecik punya..mcm van jer..
Aku dok perati la dari jauh.. apa la sekumpulan veteran ni buat berkumpul mcm tuuu... tgh2 pekan lak tu.. kawasan org lalu lalang
Laaaa... rupa-rupanya dorang ni tgk dok asyik sekali main dam cina.. sampai aku dok selit sebelah pun tak peduli
Ni keadaan dlm terowong tu.. kan aku dah cakap. sama je mcm terowong kat m'sia.. Lagi mau tgkk

ni baru keluar dari terowong bawah laut kat Hong Kong. Aku dok belakang sekali masa dlm bas tu.. So bleh la snap2 terowong ni.. keadaan dlm terowong sama jer mcm terowong2 kita kat M'sia.. Takde la pulak nampak ikan..hehe

Pic show underground shopping complex... There are several hundreds of shops, many with goods targeted at tourists - clothings & shoes, jade & other jewelleries, electronic gadgets, imitation stuffs etc. We was told to bargain at all times & to bargain hard..

Aku ikut dorg keluar mlm tu.. naik teksi dari hotel ke bandar shenzhen.. tambang pegi ¥16 pegi, balik jadi ¥35.. hehe biasa la dorang ni kuat menipu pelancong.. Tgk keadaan bandar shenzhen pada waktu ni aku pun pening.. org ramai giler mcm ulat taikk..hehe. Tapi sini kedai tepi2 tu murah. Cuma kualiti barang tu terok sket la.. sama mcm petaling street.. pun mcm rantau panjang. Harga?? mahal mcm m'sia gak.. tapi bleh bargain sampai 70%.. kalau rajin bertekak ngan dorg la.. macam aku mana la pandai cakap cina nak bargain2.. main picit2 calculator jer la.. kalau dia bagi harga tu.. dia akan panggil balik. Kalau tak, kena maki jer la.. peniaga sini garang2.. tak kira yg laki baik yg pompuan sama jerrr..
Ini la China.. Aku petik dari Camera Phone Nokia 6120 Classic aku.. Kabur jer.. Tapi boleh la. Masa ni aku dalam bas dari Macau masuk je ke China.. Kat mana ntah dah lupa.. Maybe Zhuhai.

It’s had to explain everythings. You have to come over and explore. What more when going to a place where none speaks english or your native tongue? But when I come home from a trip, the feeling of being able to accomplish something for my self!

The trip ended there… 5 days in all three places (Hong Kong, Macau and China) were not enough to see in this blog. Perhaps another trip in the future would be longer? Impossible!

Well, this is it for now. .. I'll edit this page as soon as I can... Thanks all!