Kad Nikah - Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan
Sepuluh tahun kahwin baru buat kad nikah. Cantik juga berbanding buku sijil nikah sebelum ini.
Proses pembuatan memakan masa hampir 3bulan.
Proses pembuatan memakan masa hampir 3bulan.
Surat Permohonan Bantuan Kewangan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat JKMM
Nama Pemohon
Alamat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan,
No 3, Jln Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
10 April 2014
Tuan/Puan,
PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN
Merujuk maklumat yang tertera di atas bertarikh 10 April
2014.
Dukacitanya saya seperti nama di atas, ingin memohon bantuan
kewangan bagi tujuan penyaraan pendapatan keluarga untuk memenuhi keperluan
asas kehidupan daripada pihak tuan atau apa-apa bantuan yang bersesuaian yang
ada disediakan oleh pihak JKMM.
2. Untuk makluman tuan, tujuan utama saya memohon bantuan
kewangan ini adalah :-
a)
Meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna
setelah putus mata pencarian akibat jatuh sakit jankitan kuman akibat diabetes
sejak dari Januari 2014 yang lalu (Rujukan Laporan Doktor Pusat Perubatan
Universiti Malaya)
b)
Sebagai tampungan dari kos perubatan dalam
proses pemulihan dari sakit (Rujukan kad rawatan semasa) untuk ke arah hidup
berdikari.
3. Sumber pendapatan semasa dari isteri saya adalah sebanyak
hanya RM600 sebulan yang diperolehi dari hasil menjaga anak jiran menjadi
sumber tunggal untuk kami meneruskan kehidupan harian. Manakala RM300 sebulan
dari pemberian anak-anak adalah hanya menampung kos perubatan dari masa ke
semasa sehingga pulih.
4. Keadaan ini berlaku sejak saya jatuh sakit pada bulan
Januari 2014 dahulu. Segala wang simpanan telah habis digunakan dalam masa 3 bulan
kebelakangan ini untuk proses rawatan, bil dan ubat-ubatan.
5. Saya sebelum ini bekerja sebagai pemandu teksi (Rujukan:
Pas Kerja) di Persatuan Jurupandu Usahawan (P.J.P.U) KLIA. Purata pendapatan
sebelum saya terlantar sakit adalah sebanyak kira-kira RM2500.00 sebulan.
Tetapi sejak saya terlantar sakit, saya terpaksa menyerahkan pengurusan teksi
tersebut pada pihak Koperasi yang mengedalikan organisasi itu. Sejak dari itu
tiada lagi sumber pendapatan melalui itu.
6. Saya mempunyai 5 orang anak. 3 lelaki dan 2 orang
perempuan. Harapan untuk mendapat sumber kewangan penuh dari mereka adalah
terhad kerana masing-masing sudah bekeluarga kecuali seorang yang sedang
mengidap penyakit Thalassemia. Gaji mereka juga agak sederhana dan hanya dapat
menyumbang sedikit dari keperluan perubatan saya.
7. Anggaran kasar kos sara hidup bertiga iaitu saya, isteri
dan anak bongsu kami yang mengidap sakit thalassemia adalah seperti berikut:-
a) Penginapan/Rumah RM250.00
b) Bil api & air – RM200
c) Barangan keperluan makanan bulanan – RM400
d) Belian harian keperluan makanan (RM20 x 30hari) – RM600
c) Perubatan (Anggaran berdasarkan 3bulan sebelum termasuk
pengangkutan ke hospital – RM300
e) Lain-lain/Kecemasan – RM200
8. Sebahagian mungkin dapat saya tampungi dengan usaha
isteri saya dan anak-anak beserta wang simpanan. Tetapi mungkin saya dan
keluarga tidak akan bertahan lama dengan keadaan kos begini sekiranya keadaan
saya berterusan mengidap pelbagai penyakit dan berusia.
9. Dengan permohonan dan sekiranya mendapat kelulusan dari
pihak tuan saya mengharap dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh
kami sekeluarga sekurang-kurangnya buat
sementara waktu sehingga suatu masa kami dapat berdikari semula.
Saya akhiri kata-kata ini dengan ucapan terima kasih dari
saya di atas masa dan ketelusan budi bicara tuan membaca surat permohonan saya
ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar.
Pemohon
No Kad Pengenalan
Lampiran:
1)
Kad Pengenalan Pemohon
2)
Kad Pengenalan Pasangan Pemohon
3)
Rekod Perubatan
4)
Kad Perubatan
5)
Kad Pekerja
6)
Gambar
Sejarah Dan Asal Usul Rokok
Hukum hisap rokok adalah haram dari pandangan Islam dan fatwa kerana merokok boleh memudharatkan badan dan kesihatan, membazir serta mensia-siakan harta.
Kandungan dalam setiap batang rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Walaupun pelbagai bahaya melebih manfaat rokok telah diketahui, ia masih disedut oleh perokok.
Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan sejarah dan asal usul rokok di dunia.
Tembakau ditanam di Mexico dan Amerika Tengah pada kurun ke-9. Asap tembakau disedup melalui penyedut yang berbentuk tiub oleh Kaum Maya dan Aztec, iaitu untuk upacara keagamaan dan perubatan. Ini dikatakan antara rokok pertama di dunia. Tembakau ditanam secara besar-besaran di amerika pada kurun ke-17 untuk tujuan komersial dan sebelum kertas pembalut tercipta pada, tembakau dibalut dengan helaian daun menggunakan tangan.
Washington Duke Sons & Company yang diuruskan oleh James Buchanan Duke memulakan perniagaan rokok moden pada tahun 1979. Pada 1881, James Albert Bonsack mencipta mesin penggulung tembakau untuk menghasilkan rokok dengan lebih cepat dan produktif. Duke mengambil peluang ini melalui kerjasama dengan Bonsack Machine Company in 1884. Semua rokok akan dikeluarkan menggunakan 2 mesin yang disewa oleh Duke dan dia juga mengupah mekanik mesin milik Bonsack. Untuk memastikan produk keluarannya terkenal, Duke berbelanja besar dalam pengiklanan dan memaksa pesaingnya meletakkan harga lebih murah.
James Albert Bonsack
James Buchanan Duke
Mesin penggulung tembakau Untuk dijadikan rokok
Pada tahun 1890, pesaing yang hampir gulung tikar terpaksa menyertai Duke dalam American Tobacco Company antaranya ialah Company. W. Duke & Sons, Allen & Ginter, W.S. Kimball & Company, Kinney Tobacco and Goodwin & Company. Sepanjang zaman kegemilangan American Tobacco sebagai pengeluar rokok dalam kuantiti yang besar, kira-kira 250 syarikat pengeluar rokok telah diambil alih. Namun masih terdapat persaingan iaitu pada tahun 1900, Philip Morris memperkenalkan rokok Marlboro. Pada lewat kurun ke-19, rokok mula dijual dalam paket seperti sekarang ke seluruh amerika. Kehebatan rokok tersebar ke seluruh dunia melalui peperangan dan semakin terkenal.
Ketika perang yang melibatkan negara Jerman, doktor disana mengenalpasti kaitan antara merokok dan kanser paru-paru. Pada 1964, ketua doktor di amerika menulis satu laporan tentang bahaya menghisap rokok iaitu kandungan nikotin dan tar dalam rokok menyebabkan kanser paru-paru. Kemudian pada tahun berikutnya, pihak berkuasa mengeluarkan arahan supaya setiap pek rokok mesti mengandungi amaran tertulis "Cigarettes may be hazardous to your health." Pada tahun 80-an, syarikat rokok memperkenalkan rokok rendah tar dan nikotin untuk mengembalikan keyakinan perokok supaya terus merokok dan memilih produk mereka. Tetapi pada masa yang sama, kerajaan tempatan, syarikat swasta dan pihak lain mula mengambil langkah menghadkan kawasan merokok di tempat-tempat awam. Syarikat rokok juga tidak dibenarkan mengiklankan rokok di TV dan radio serta cukai terhadap rokok juga dinaikkan.
Kini syarikat-syarikat rokok memiliki ladang tembakau di Afrika, Brazil, Paraguay, India, Pakistan, Filipina dan Greece. 50% dari jualan syarikat rokok amerika di negara-negara Asia seperti Thailand, Malaysia, Filipina dan Taiwan. Manakala 30% jualan di Eropah dan Timur Tengah. Keadaan ini berlaku disebabkan pelbagai tekanan yang dikenakan ke atas syarikat untuk jual rokok di negara sendiri.
sumber: Respek
MENGAPA ADA ORANG YG DISUKAI NYAMUK & ADA TIDAK?
MENGAPA ADA ORANG YANG DISUKAI NYAMUK DAN ADA YANG TIDAK?
Musim kemarau. Perasan tak sekarang ini ada banyak nyamuk? Entah datang dari mana tiba-tiba nyamuk menyerang. Tiada air bertakung kerana tiada hujan tapi nyamuk buat kita naik gila. Siang macam tiada nyamuk, tapi bila malam, adui!
Ada juga orang lebih digemari oleh nyamuk. Habis badannya bintat-bintat. sedangkan orang lain relex jer. Berikut beberapa sebab kenapa nyamuk suka menyerang seseorang berbanding orang lain. Adakah anda orang malang itu?
Karbon dioksida
Nyamuk suka karbon dioksida. Ia menghidu mangsa melalui bau karbon dioksida. Seorang yang kuat bernafas (heavy breathers) lebih menarik minat nyamuk untuk menggigitnya. Sebab itu nyamuk suka menggigit orang yang tidur dan di sekitar muka kerana di sana kita mengeluarkan karbon dioksida. Wanita mengandung juga menarik minat nyamuk kerana dia mengeluarkan 21% lebih banyak karbon dioksida.
Arak
Nyamuk gemar orang yang minum arak. Minumlah beer atau apa-apa saja arak, nyamuk akan berarak ke arah anda dengan gembira. Ini kerana peminum arak akan mengeluarkan bau yang meningkatkan tahap keboleh-upayaan nyamuk mengesan si mangsa.
Darah O
Ini paling menyampah. Orang berdarah O digemari oleh nyamuk berbanding dengan darah A atau lain-lain. Orang darah O dikatakan mengeluarkan bau semulajadi sebagai penarik nyamuk. Darah O ini dikira donor, kerana darahnya boleh digunakan untuk menyelamatkan pesakit. Tapi kerana nyamuk suka memberi penyakit maka ia juga suka pada darah O.
Haba Panas
Nyamuk suka pada haba yang agak panas. Sebab itu ia banyak di kawasan iklim tropika. Jika seseorang mengeluarkan haba panas, misalnya berpeluh kerana menjalani workout, nyamuk juga akan datang untuk menghisap darahnya.
Banyak steroids dan kolestrol.
Nyamuk suka pada orang yang banyak steroid dan kolestrol di kulit. Kalau seseorang itu memakan ubat yang mengandungi steroid (contohnya tongkat ali), atau penggemar makanan yang banyak kolestrol (goreng-goreng), mungkin akan menjadi makanan hidangan nyamuk.
Bau hapak
Nyamuk suka kepada bau hapak, misalnya bau stokin yang tak dibasuh. Sebab itu nyamuk gemar tempat tertutup seperti almari dan sering menghurung kaki. Ini kerana kaki mengeluarkan peluh yang mungkin terdapat dicelah-celaj jari.
Warna gelap
Nyamuk suka mendekati orang yang memakai baju warna gelap. Warna hitam, biru dan merah digemari oleh nyamuk. Nyamuk akan menyorok di kawasan yang gelap di rumah anda, misalnya di celah-celah perabut gelap. Sebab itu juga nyamuk menghurung kepala bagi orang yang rambut hitam.
Kulit lembut
Nyamuk suka kulit yang lembut kerana mudah ia menggigit. Ini menyebabkan orang yang berkulit cerah lebih disukai nyamuk berbanding yang berkulit gelap (hitam). Anehnya nyamuk tidak begitu menggigit bayi kerana bayi kurang mengeluarkan bau yang digemari nyamuk.
Minyak wangi
Ada beberapa minyak wangi yang menarik nyamuk. Ini bergantung kepada ingredien minyak wangi tersebut. Minyak wangi yang berbau seperti bunga lebih menarik perhatikan nyamuk berbanding dengan wangian lain.
Jogging
Walaupun nyamuk suka menghurung orang yang tidur, tapi ia juga suka orang yang berjogging waktu pagi dan senja. Ini kerana orang yang berjogging akan bernafas kuat, berpeluh dan badan menjadi lebih panas. Nyamuk boleh menghidu bau peluh dan karbon dioksida orang yang berjogging ini walaupun dari jauh.
Setelah mengetahui apa yang digemari nyamuk, kita boleh mencuba untuk mengelak dari digigit nyamuk. Tapi bagi yang berdarah O, maaflah…tak boleh buat apa-apa kerana darah itu keturunan. Tapi anda masih boleh mengurangkan serangan nyamuk dengan mengelakkan diri dari perkara yang menarik perhatikan nyamuk.
Selain daripada itu carilah apa-apa remedy semulajadi yang boleh digunakan untuk menghalang pembiakan nyamuk dan menghapuskannya.
Jika ada yang ingin menambah point, dipersilakan.
SUMBER: Respek
Tip Bijak Wang Beli Kereta
Tip Bijak Wang Beli Kereta |
Tahukah anda, bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.
Dengan memiliki kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi
Jika ada yang mengatakan kereta adalah aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank menerima wang ansurans yang dibayar oleh pembeli kereta.
Pada tahun 2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.
Malah, tidak sedikit daripada mereka yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kalangan di bawah umur 30 tahun. Siapakah mereka ini?
Kebanyakkan meraka adalah graduan-graduan muda yang memiliki ijazah daripada universiti-universiti. Sayangnya ilmu tentang pengurusan kewangan, tidak diajar di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan univerisiti-universiti.
Jika pinjaman kereta itu selama 5 tahun, maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Cuba bayangkan jika 7 tahun, atau 9 tahun?
Maknanya, jika kereta dibeli ketika baru berkahwin, maknanya sehingga anak sudah masuk 3 orang pun hutang kereta masih belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap 3 tahun.
Sebuah kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli ansuran selama 9 tahun, perlu dibayar sekitar RM650 sebulan. Maknanya, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan adalah berjumlah kira-kira RM70,000.
Formula Bank Formula bank dallm meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans kira-kira RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga RM45,000 selama 9 tahun.
Jangan gunakan formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.
Ia berlaku kepada graduan muda kerana ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum ada banyak komitmen kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.
Dari masa ke semasa, tahun ke tahun, komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran ansuran kereta menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.
Inilah yang menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak mampu membayar ansuran kereta.
Formula Pembelian Kereta Secara Bijak Berikut beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta pertama.
Formula 1: Beli Kereta Secara Tunai Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.
Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.
Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!
Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta.
Formula 2: Deposit Tinggi Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran "beli kereta tanpa deposit". Sebenarnya ia bermakna 'hutang lebih banyak'.
Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.
Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.
Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!
Formula 3: Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang.
Baiklah, saya berikan satu lagi cara yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua. Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.
Boleh, tapi gunakan formula ini;
Harga Kereta = Setahun Gaji
Gaji bulanan:RM2,000
Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000
Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.
Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.
Sumber Respek
Sumber Respek
Langgan:
Catatan (Atom)