Kenapa Anda menjadi malas?




Kenapa Anda jadi malas?

Sebab Anda tidak ada apa-apa untuk dibuat, Anda memilih untuk bertangguh, Anda rasa 'berat' untuk melakukan, Anda tidak rasa betapa pentingnya benda tu dibuat sekarang.

Setiap orang ada kemalasan sendiri. Sepanjang masa Anda boleh rajin, Anda boleh terus membuat kerja berhari-hari dengan rehat minumum. Anda ada motivasi, membuat Anda berusaha sedaya upaya berjam-jam lamanya.

Sampai ke satu masa nanti tubuh Anda akan jadi kurang bermaya. Anda tak akan dapat mengawal saat itu.

Motivasi diri Anda mula bergoncang rapuh.

Pada masa itulah malas muncul sebab saat untuk malas muncul sudah tiba.

Anda merasa mengantuk, rimas, lemas.

Menutup mata lalu berbaring untuk tidur terasa lebih enak untuk dilakukan. Malas, dari aspek positifnya merupakan situasi di mana sel-sel tubuh memberi petanda biologi pada minda meminta sedikit masa untuk pulih semula setelah lama bekerja.

Dalam usaha memburu kejayaan, Anda kena belajar bagaimana mengawal malas.

Bermalas-malas ada masanya. Elak dikuasai oleh malas, sebaliknya biar Anda mengawal malas. Simpan malas, kumpul lalu lepaskan kesemuanya pada masa tertentu, bukan malas sepanjang masa.

Orang malas ada hak untuk berjaya, cuma mereka tidak mahu berusaha kuat sekarang ini. Orang malas memilih untuk bersenang-senang dulu, bersusah-susah kemudian.

Sumber : Email Yahoo Group
__,_._,___

Tutorial photoshop-refleksi air

Tutorial kali ini akan menunjukkan cara menghasilkan refleksi air yang real dengan agak mudah. Mudah tapi menarik. Anda akan belajar sesuatu yang baru di dalam teknik ini.

FOTO ASAL:

HASIL:

LANGKAH 1:

  • Pilih satu foto yang sesuai untuk diapplykan teknik refleksi air ini. Foto sebuah pemandangan mungkin paling sesuai.
  • Foto pilihan saya (seperti yang di atas > "foto asal") mempunyai saiz 1024 x 512 pixel.
  • Cara nak cek saiz imej > buka foto dalam photoshop > klik menu Image > Image Size.

LANGKAH 2:

  • Buat satu fail baru. File > New (Ctrl + N).
  • Berdasarkan saiz imej foto pilihan, gandakan ketinggian canvas. Height foto saya ialah 512 pixel. Maka, saiz canvas saya adalah Width: 1024 pixel dan Height 1024 pixel.

LANGKAH 3:

  • Pergi kepada fail foto pilihan.
  • Select All (Ctrl + A) dan Copy (Ctrl + C).
  • Pastekan (Ctrl + V) ke dalam canvas yang baru dibuat tadi. Foto anda akan diletakkan di dalam Layer 1.
  • Dengan menggunakan Move Tool, alihkan foto anda di bahagian atas canvas.

LANGKAH 4:

  • Sekarang, duplicate Layer 1. Tekan Ctrl + J dan anda akan melihat Layer 1 copy.
  • Dengan menggunakan Move Tool, alihkan layer ini ke bahagian bawah canvas.

LANGKAH 5:

  • Kita akan flipkan imej di bahagian bawah untuk menampakkan kesan reflection.
  • Lakukan Transform. Tekan Ctrl + T. Kemudian, klik kanan dan pilih Flip Vertical daripada menu yang muncul.
  • Tekan Enter.

Ok. Setakat ini kita dah dapat buat imej foto asal bersama dengan refleksinya. Tetapi masih belum real lagi. Seterusnya, saya akan tunjukkan cara untuk mendapatkan riak-riak air di Layer 1 copy dengan menggunakan Filter > Glass.

Sebelum menggunakan filter tersebut, anda perlu menyediakan tekstur riak air. Jom!

LANGKAH 6:

  • Buat satu fail baru. Tekan Ctrl + N.
  • Setkan saiz width dua kali ganda daripada fail foto pilihan. Jadi, saya setkan kepada 1024 x 2 = 2048.
  • Untuk height, saya kekalkan pada 512 pixel (sama dengan height foto pilihan).

LANGKAH 7:

  • Seterusnya, masukkan noise dengan menggunakan Filter > Noise > Add Noise.
  • Gunakan setting seperti yang ditunjukkan di atas.
  • Amount: 75%, Distribution: Uniform, Monochromatic.

LANGKAH 8:

  • Kemudian, applykan Motion Blur. Klik Filter > Blur > Motion Blur.
  • Gunakan setting seperti yang ditunjukkan di atas.
  • Angle: 0, Distance: 60 pixels.

LANGKAH 9:

  • Setkan default warna. Tekan huruf D dan anda akan lihat warna hitam dan putih di toolbar.
  • Seterusnya, applykan Bas Relief. Klik Filter > Sketch > Bas Relief.
  • Gunakan setting seperti yang ditunjukkan di atas.
  • Detail: 10, Smoothness: 3, Light: Bottom.

LANGKAH 10:

  • Ok. Setakat ini kita dah dapat tekstur riak-riak air yang kita inginkan.
  • Sekarang, kita akan dapatkan perspektifnya pula.
  • Duplicate layer background. Tekan Ctrl + J.
  • Kemudian, tekan Ctrl + T. Klik kanan dan pilih Perspective daripada menu yang muncul.
  • Gerakkan bahagian atas kotak transform untuk mengecilkan bahagian atas. Lihat imej di atas.

LANGKAH 11:

  • Cropkan bahagian yang terlebih selepas proses transform Perspective tadi.
  • Gunakan Crop Tool (C) yang dipilih daripada toolbar.
  • Buat kotak seperti di atas dan tekan Enter untuk melakukan Crop.
  • Savekan fail ini dan saya namakannya riak_air.psd.
  • Lepas save, boleh close fail riak_air.psd tadi.

LANGKAH 12:

  • Pergi semula kepada fail yang sebelum ini.
  • Select Layer 1 copy.
  • Klik kanan pada layer tersebut dan Convert to Smart Object.

LANGKAH 13:

  • Sekarang, klik menu Filter > Distort > Glass.
  • Setkan seperti yang di atas atau mengikut kesesuaian imej anda.
  • Saya setkan Distortion: 6, Smoothness: 2, Texture: riak_air.psd (fail tekstur yang dibuat tadi), Scaling: 0.
  • Klik OK.

LANGKAH 14:

  • Ok. Rehat sekejap dan lihat hasil setakat ini. Lihat imej di atas.
  • Perhatikan riak-riak air yang terhasil.
  • Perhatikan juga thumbnail Smart Filter pada Layer 1 copy. Smart Object yang dibuat pada Langkah 12 tadi akan menyebabkan terhasilnya Smart Filter. Gunanya? Anda boleh edit semula setting filter yang diapply tadi. Hanya perlu double-click pada perkataan"Glass" dan boleh tukar nilai setting.

LANGKAH 15:

  • Setakat ini, riak-riak air pada imej adalah terlalu sekata dan tiada depth. Maksudnya, kepekatan efek tersebut adalah sama. Realitinya, kalau kita tengok riak air yang jauh daripada diri kita, ianya seolah-olah macam pudar sedikit.
  • Jadi, kita akan betulkan kesan ini pada Smart Filter Glass tadi.
  • Setkan warna foreground pada 50% gray (dapatkan dari dalam panel Swatches) dan warna background pada putih.
  • Pilih Gradient Tool di dalam Toolbar. Setkan pilihan gradient Foreground to Background.
  • Klik pada thumbnail Smart Filter.
  • Kemudian, applykan Gradient pada canvas. Lihat imej di atas.
  • Itu sahaja. Siap!

Selamat mencuba!
oleh: Imran Abdul Jabar


10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH 'DITAHAN'? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, "Anda ditahan"
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, "Adakah saya ditahan?"
b. Sekiranya mereka berkata "Ya", jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata "Tidak", anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi 'membantu' siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya "Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya." Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta 'perlindungan' mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Oleh SUARAM.