hongkies, Singaporeans, Indonesians and Malaysians

Being Hongkies is good because...
1. We are Hongkies and not Chinese.
2. We can talk and shout and nobody gives a damn.
3. Jackie Chan is our icon.
4. We can live in a 5' x 5' cubicle and call it luxury apartment. We even need to pay $10,000 a month for this cubicle.
5. Our children can speak Cantonese at a young age.
6. We get to blame everything on Feng Shui or Tung Chee Hwa or the mainland communists.
7. Gambling is more interesting than sex. Macau is the place to for thrills!
8. We produce a lot of Miss Hong Kong to the enjoyment of the rich and famous.

We love being Singaporean because...
1. We are not Malaysians.
2. Everyone (especially the Malaysian) hates us, except ourselves.
3. Famous for Orchard Road and we love Geylang. Geylang is the place to go for thrills!
4. We have our own island.
5. We will never ever have yucky chewing gum stuck under our shoes.
6. We know how to enjoy our vacation in Malaysia - keep a few RM50 notes before you enter the highway: You can throw anything, anytime, anywhere and always wash our cars at the resort.
7. We can speed up to 180 kilometers per hour and not ending up with a summon as long as we have RM50 with us to spare.
8. The men are always concerned, first question to ask a girl 'Do you have CPF?'
9. Never fear of getting lost in our country - S$20 taxi ride will get you into the sea. Hahaha!
10. We'll never have to worry about finding Mr or Ms right because the government will find one for us.
11. 1 Singapore dollar = 2.5 Ringgit... nyek nyek nyek.
12. It's OK to be Kiasu. It's part of our culture.

Top reasons for being Indonesian are as follow...
1. We are not Australian.
2. We live in the biggest country in South East Asia .
3. No pirates in Indonesia water if you exclude the Navy and Coast guards.
4. Everything is cheap, even our salaries...
5. We can blame everything to Suharto or BJ Habibie or Gus Dur or Megawati or who's next?
6. Only in Indonesia you can get involved in real demonstrations daily for different causes and see no results.
7. Our Rupiah is like a Yo Yo, it can go up and down just because IMF say so...
8. We burn everything and nobody gives a damn. We cause haze all over the South East Asia and nobody can do a thing... nyek nyek nyek.
9. We don't need fire fighters as our neighbours will provide...

Being a Malaysian is the best because...
1. World tallest twin towers, Best F1 circuit, largest roti canai, most expensive toll rates, ..because Malaysia Boleh!
2. We can be driving, picking our nose, cursing another driver, talking on the handphone, adjusting the radio and bribing the traffic police at the same time.
3. We divorce by sending SMS.
4. Traffic summon can be settled on the spot with the traffic police.
5. We have Teh Tarik & Roti Canai on the Russian space ship.
6. We can save a lot of electricity b'coz our TV shows are so crappy.
7. We can blame everything on the haze or George Soros or government or opposition parties or...
8. Resourceful City Council, one person to drive the van, one to carry the ladder, one to change a street's bulb and three others watching...
9. We make 2 lane trunk roads into 3 lane highway and back to 2 lane when polices are sighted
10. There's always something for the JKR to do. They dig, resurface the road, dig and resurface...
11. All main roads are designated highway because it gives Velooo a reason to collect toll.
12. Our government can never be wrong.
13. Our badminton players win already only need to pay them RM35,000 very cheap compare to David Beckham.
14. You can divorce for as little as RM 10 million ringgit and marry a young singer you like, how nice is life.
15. We can even used XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX grandchildren
16. We have more water than Singapore ... nyek nyek nyek.
17. If you got no monies you can also snatch others people monies
18. If you are a policeman rider you can kick and bang people car like nobody business
19. If you drive a police car, you can speed cause speed limit only apply to citizen
20. all motor rider can join Mat Rempit club for free and can throw stones at the police station anytime they like.
21. if you got nothing to do join the rela and go to the kongsi gelap and extort monies from them.
22. You can rape people and blame them for wearing very little, what a joke man.

After reading the above, I believe you will agree with me that being Malaysian is still the best. You have to be glad that you are a Malaysian and enjoy staying in Malaysia ! You can do what you like as long as you got the * . ` x * & $.

Resouces: Respek

PERJANJIAN PENYEWAAN (BAHASA MALAYSIA)

PERJANJIAN PENYEWAAN INI ditandatangani pada tarikh seperti yang dinyatakan dalam Perkara I Lampiran A

DI ANTARA

1) NAMAyang beralamat di NO ALAMAT (selepas daripada ini di sebut “Tuan Punya Rumah”) sebagai satu pihak
DAN
2) Penama/Firma/Syarikat yang butirannya ada dinyatakan dalam Perkara 2 Lampiran A (selepas daripada ini disebut “Penyewa”) sebagai pihak yang satu lagi.

Maka dengan ini adalah dipersetujui bahawa melalui Perjanjian ini kedua-dua pihak berjanji dan berwaad seperti berikut:

1. PENGENALAN

1.1 Tuan Punya Rumah adalah pemilik berdaftar ke atas premis yang dinyatakan dalam Perkara 3 Lampiran A(selepas daripada ini disebut sebagai “Premis tersebut”)

1.2 Penyewa telah membuat permohonan untuk menyewa premis tersebut daripada Tuan Punya Rumah dan Tuan Punya Rumah telah meluluskan permohonan itu dengan syarat-syarat dan terma-terma yang telah dipersetujui dalam perjanjian ini.

2. PENYEWAAN

2.1 Tuan Punya Rumah bersetuju memberi sewa premis tersebut kepada Penyewa dan mereka bersetuju untuk menyewa premis tersebut untuk suatu tempoh seperti yang dinyatakan dalam Perkara 4 Lampiran A mengikut dan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dan dipersetujui dalam perjanjian ini.

2.2 Pilihan untuk menyambung tempoh penyewaan oleh Penyewa
adalah berdasarkan kepada perjanjian ini.

3. KAWASAN DAN KEGUNAAN PENYEWAAN

3.1 Bahawa seperti yang tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma
yang terkandung dalam perjanjian ini Penyewa hendaklah menggunakan
premis tersebut untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 5
Lampiran A.

4 SEWA BULANAN

4.1 Bahawa Penyewa akan membayar sewa kepada Tuan Punya Rumah pada setiap bulan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 6 Lampiran A dan bayaran sewa untuk bulan pertama hendaklah dijelaskan semasa menandatangani Perjanjian ini.

4.2 Penyewa hendaklah membayar kepada Tuan Punya Rumah
sewa bulanan yang dinyatakan dalam Perkara 4.1 di atas dan jumlah sewa tersebut hendaklah dijelaskan dahulu sebelum atau pada 30 haribulan setiap bulan selama tempoh penyewaan berkuatkuasa.

5. KEMUNGKIRAN MEMBAYAR SEWA BULANAN

5.1 Dalam hal sekiranya kemungkiran dilakukan oleh Penyewa untuk membayar sewa pada setiap bulan secara teratur seperti yang dinyatakan di dalam Perkara 4.2, maka Tuan Punya Rumah boleh menuntut bayaran tersebut daripada Penyewa.

5.2 Bahawa Penyewa adalah di sifatkan sebagai bertanggungjawab
ke atas pembayaran sewaan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.

5.3 Sekiranya Penyewa masih gagal menjelaskan sewa tersebut yang kena dibayar kepada Tuan Punya Rumah seperti diperuntukkan di bawah Perjanjian ini, Tuan Punya Rumah boleh menamatkan Perjanjian ini berkuatkuasa serta merta.

5.4 Mana-mana pembayaran sewa yang belum dijelaskan oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah perlu dijelaskan sepenuhnya walaupun tempoh penyewaan telah ditamatkan dan jika jumlah tersebut masih gagal diselesaikan sepenuhnya maka Tuan Punya Rumah boleh mengemukakan tuntutan di Mahkamah untuk mendapatkan bayaran sewa yang tertunggak tersebut.

6. WANG DEPOSIT

6.1 Semasa menandatangani Perjanjian ini Penyewa hendaklah
membayar kepada Tuan Punya Rumah selain bayaran sewa bulanan yang ditetapkan sejumlah deposit seperti yang dinyatakan dalam Perkara 7 Lampiran A bagi tujuan menjamin perlaksanaan dan pematuhan oleh Penyewa terhadap segala syarat-syarat dan terma-terma perjanjian ini dan wang tersebut tidak akan dianggap sebagai sewa yang telah dibayar.

7. DEPOSIT UNTUK BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR

7.1 Semasa menandatangani perjanjian ini Penyewa hendaklah juga membayar kepada Tuan Punya Rumah wang deposit untuk bekalan elektrik dan bekalan air seperti yang ditetapkan dalam Perkara 8 Lampiran A sebagai jaminan ke atas sebarang tunggakkan bil elektrik dan air semasa Penyewa dalam tempoh penyewaan premis tersebut.

Tertakluk kepada perjanjian ini deposit tersebut akan dikembalikan kepada Penyewa setelah Perjanjian tamat atau ditamatkan.

7.2 Tuan Punya Rumah berhak menurut budi bicaranya sepenuhnya menggunakan mana-mana deposit di bawah Seksyen ini untuk mendapatkan balik apa-apa wang yang kena dibayar oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah di bawah perjanjian ini tanpa menjejaskan hak dan kuasa lain yang ada pada Tuan Punya Rumah.


8. TANGGUNGJAWAB PENYEWA

Penyewa dengan ini berjanji dan berwaad dengan Lembaga seperti berikut:

8.1 Membayar sewa bulanan sepenuhnya pada masa-masa dan menurut cara-cara yang telah ditetapkan.

8.2 Tidak melakukan atau membenarkan atau membiarkan apa-apa aktiviti yang merbahaya atau ofensif dijalankan di premis tersebut semata-mata untuk aktiviti-aktiviti Penyewa yang dibenarkan mengikut syarat-syarat dan terma-terma perjanjian ini.

8.3 Tidak meminda atau mengubahsuai premis tersebut atau sebarang peralatan yang terdapat di dalamnya tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu oleh Tuan Punya Rumah.

8.4 Menjaga premis tersebut dan juga peralatan di dalamnya pada setiap masa di dalam keadaan baik dan akan memperbaiki atau mengganti segala kerosakan atau kecacatan padanya dari semasa ke semasa kecuali kerosakan biasa (wear & tear) yang akan diperbaiki dan teratur.

8.5 Tidak memberi sewa, pajak atau melepaskan premis tersebut
atau mana-mana bahagiannya kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis oleh
Tuan Punya Rumah.

8.6 Tidak melakukan apa-apa aktiviti di atas premis tersebut yang menyalahi undang-undang atau membenarkan aktiviti yang tidak bermoral atau yang boleh menimbulkan gangguan kepada Tuan Punya Rumah atau jiran-jiran di kawasan premis tersebut.

8.7 Mengadakan perlindungan insurans (jika ada) di mana perlu bagi meliputi semua barangannya di premis tersebut dan perlindungan tanggungan awam.

8.8 Mematuhi undang-undang, peraturan dan arahan semua pihak berkuasa dari semasa ke semasa dan Penyewa hendaklah membayar ganti rugi / atau memberi indemniti kepada Tuan Punya Rumah sekiranya Tuan Punya Rumah dikenakan tanggungan akibat dari pelanggaran mana-mana undang-undang, peraturan dan / atau arahan oleh mana-mana pihak berkuasa terhadap Penyewa.

8.9 Membenarkan kakitangan, wakil atau agen Tuan Punya Rumah pada setiap masa yang munasabah untuk memasuki premis tersebut bagi melihat dan memeriksa keadaan premis tersebut. Sekiranya perlu Tuan Punya Rumah boleh memberikan empat belas (14) hari notis supaya Penyewa memperbaiki mana-mana tempat yang rosak. Sekiranya gagal Lembaga atau wakil pekerjanya akan memperbaiki kerosakan tersebut dan segala kos akan menjadi hutang Penyewa kepada Tuan Punya Rumah dikehendaki dibayar serta-merta.

8.10 Memasang meter elektrik, air dan talian telefon / faksimili yang berasingan dan segala kos akan ditanggung oleh Penyewa dan akan menjelaskan bil-bil pada setiap bulan tanpa memudaratkan Tuan Punya Rumah.

8.11 Bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tiada sebarang salah laku oleh kakitangan, wakil atau agen Penyewa di kawasan premis tersebut yang boleh menjejaskan imej dan nama baik Tuan Punya Rumah di mata masyarakat.

8.12 Mematuhi segala undang-undang, peraturan-peraturan dan arahan yang berkuatkuasa mengenai alam sekitar dalam semua aspek aktiviti yang dijalankan. Penyewa di sepanjang tempoh akan membuang semua bahan-bahan buangan dengan cara memenuhi keperluan undang-undang berkaitan dari kawasan premis pada setiap masa supaya tidak mencemarkan alam sekitar dan akan membersihkan semua lebihan dan kotoran yang terhasil semasa penyewaan dan / atau menamatkan penyewaan.

8.13 Sekirannya tujuan sewaan ini berkaitan perniagaan, Penyewa tidak dibenarkan mempamerkan apa-apa papan tanda , iklan, pelekat, notis dan sebagainya di bahagian luar premis tersebut melainkan ianya berkaitan dengan perniagaan Penyewa sendiri dan telah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa yang berkenaannya.

9. PENGECUALIAN TANGGUNGJAWAB

Tuan Punya Rumah tidak akan bertanggungjawab kepada Penyewa terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan kepada barang-barang atau kenderaan yang disimpan di premis tersebut atau sebarang kejadian yang menimpa keatas agen, wakil Pekerja Penyewa atau orang awam dan walau bagaimanapun ia berlaku tiada apa-apa tuntutan ganti rugi, pampasan atau pendakwaan boleh dibuat terhadap Tuan Punya Rumah mengenai perkara itu.

10. SYARAT-SYARAT

10.1 Sekiranya bayaran sewa tidak dijelaskan mengikut perjanjian ini (samada dituntut secara rasmi atau tidak) dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh sewa kena dibayar atau sekiranya mana-mana tanggungjawab-tanggungjawab Penyewa tidak ditunaikan setelah Tuan Punya Rumah memberi notis selama empat belas hari (14 hari), atau jika sekiranya atau Penyewa menjadi bankrap, mati, penggulungan syarikatnya atau Penyewa membuat perhitungan dengan si piutang-si piutang atau jika penerima dilantik bagi mana-mana harta atau perniagaanya dan dalam mana-mana satu keadaan tersebut Lembaga berhak memasuki premis tersebut pada bila-bila masa dan penyewaan ini akan tamat tanpa menyentuh hak-hak Tuan Punya Rumah untuk membuat tuntutan berkaitan dengan apa-apa kemungkinan yang dilakukan oleh Penyewa.

10.2 Sekiranya mana-mana bahagian daripada premis tersebut rosak akibat kebakaran, bencana alam, tindakan perusahaan, perbuatan orang, ledakan atau rusuhan maka mana-mana pihak boleh menamatkan penyewaan ini dengan memberi notis bertulis selama tiga puluh hari (30 hari).

10.3 Tuan Punya Rumah berhak untuk memasuki premis tersebut pada bila-bila masa untuk membaiki apa-apa kerosakan. Tuan Punya Rumah boleh (tetapi tidak mempertanggungjawabkan) memindahkan barang-barang Penyewa ke tempat lain sehingga kerja-kerja pembaikan diselesaikan. Sekiranya kerosakan berlaku disebabkan kecuaian penyewa maka pembaikan hendaklah ditanggung oleh Penyewa.

10.4 Walaupun terdapat tempoh penyewaan dalam Perjanjian ini namun begitu ia boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak dengan menyampaikan kepada pihak yang lagi satu sekurang-kurangnya enam puluh hari (60 hari) notis bertulis bagi menamatkan perjanjian ini dan perjanjian ini akan tamat dan terbatal tanpa memperjudiskan apa-apa hak dan tanggungan yang terjadi sebelumnya. Wang deposit akan dipulangkan kepada Penyewa dengan syarat potongan boleh dibuat terhadap mana-mana jumlah wang masih terhutang oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah.
10.5 Segala kos dan perbelanjaan termasuk kos guaman dan bayaran-bayaran lain berhubung dengan penyediaan dan penyempurnaan perjanjian ini akan ditanggung oleh Penyewa.

11. PENAMATAN PERJANJIAN

Adalah sentiasa disyaratkan dan dipersetujui walau apapun yang terkandung dalam perjanjian ini bahawa jika sekiranya Penyewa didapati melakukan apa-apa kemungkiran atau pelanggaran syarat-syarat dan terma-terma terhadap mana-mana peruntukan perjanjian ini, MAKA perjanjian ini pada bila-bila masa boleh ditamatkan oleh Tuan Punya Rumah dengan serta-merta samada melalui Notis Bertulis atau tidak kepada Penyewa.

12. KUASA MEMASUKI PREMIS

Penyewa hendaklah membenarkan pegawai-pegawai atau agen-agen Tuan Punya Rumah atau pekerjanya untuk memasuki premis pada waktu yang munasabah untuk membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan.

13. PEMILIKAN KOSONG DAN BAIK PULIH

13.1 Sekiranya perjanjian ini tamat atau ditamatkan, Penyewa hendaklah menyerahkan pemilikan kosong premis tersebut kepada Tuan Punya Rumah dalam keadaan asal seperti keadaan premis tersebut diserahkan kepada Penyewa pada tarikh berkuatkuasanya penyewaan.


13.2 Sekiranya Penyewa gagal mematuhi Seksyen 12.1, Tuan Punya Rumah boleh membaik pulih premis tersebut kepada keadaan asalnya dan segala kos dan perbelanjaan yang terbabit hendaklah ditanggung oleh Penyewa dan kos serta perbelanjaan tersebut hendaklah dikira Penyewa berhutang dengan Tuan Punya Rumah.


14. KADAR DAN CUKAI PINTU

Tuan Punya Rumah hendaklah membayar kadar dan cukai pintu premis tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan pada masa yang ditetapkan.

15. LAMPIRAN

Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C yang disertakan bersama perjanjian ini hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada perjanjian ini.

16. NOTIS DARI PIHAK BERKUASA

16.1 Penyewa hendaklah dengan kadar segera memberitahu Tuan Punya Rumah apa-apa notis, surat atau dokumen yang diterima oleh Penyewa dari pihak berkuasa berkenaan yang disebabkan Penyewa gagal mematuhi apa-apa arahan, peraturan, Udang-undang Kecil dan mana-mana undang-undang hendaklah dengan segera mematuhi apa-apa keperluan yang dikehendaki oleh notis, surat atau dokumen tersebut dan Penyewa hendaklah sentiasa menggantirugi Lembaga daripada apa-apa tindakan atau tuntutan sekiranya dipertanggungkan.

16.2 Penyewa hendaklah bertanggungan atas, dan hendaklah menanggung rugi Tuan Punya Rumah terhadap, apa-apa jua kerosakan, perbelanjaan, liabiliti, kerugian, tuntutan, atau prosiding yang disebabkan oleh tindakan atau ketinggalan yang dilakukan oleh Penyewa, pekerja-pekerjanya, agen-agennya atau tetamu-tetamunya yang boleh dengan munasabah menyebabkan tindakan, tuntutan atau prosiding dibuat terhadap Tuan Punya Rumah sebagai pemunya premis tersebut.


17. NOTIS

Apa-apa notis yang hendak disampaikan kepada Penyewa adalah dikira telah dihantar sekiranya diposkan kepada Penyewa dengan cara surat berdaftar kepada alamat Penyewa mengikut Perjanjian ini dan apa-apa notis yang hendak dihantar sekiranya diposkan kepada Lembaga dengan cara surat berdaftar.

18. MASA

Masa sekiranya dinyatakan dalam perjanjian ini merupakan intipati penting kepada perjanjian ini.

19. MEMBAHARUI TEMPOH PENYEWAAN

Sekiranya Penyewa ingin membaharui tempoh penyewaan selanjutnya, Penyewa hendaklah memberi notis sembilan puluh (90) hari secara bertulis kepada Tuan Punya Rumah sebelum tamatnya setiap tempoh penyewaan seperti di bawah Perkara 4. Tuan Punya Rumah boleh mengikut budibicaranya memberi pertimbangan kepada notis tersebut dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Tuan Punya Rumah adalah muktamad.

20. PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KHUSUS

Penyewa dengan ini bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat khusus seperti yang dinyatakan dalam Lampiran C, sekiranya tujuan penyewaan premis tersebut adalah untuk maksud perniagaan.

21. PIHAK-PIHAK YANG TERIKAT KEPADA PERJANJIAN

Semua peruntukan di dalam Perjanjian ini adalah mengikat Penyewa dan mana-mana waris Penyewa.














LAMPIRAN A


1. TARIKH PERJANJIAN
2.
a.

b.
c. BUTIR-BUTIR PENYEWA
NAMA:

NO K/P:
NO TELEFON:

3. BUTIR-BUTIR PREMIS
4. TEMPOH PENYEWAAN DUA (2) TAHUN.
5. KEGUNAAN PREMIS KEDIAMAN.
6. SEWA BULANAN RM 350.00
{Sewa bulan terakhir tetap dibayar. Tidak boleh ditolak daripada deposit}
7. DEPOSIT PENYEWAAN RM 350.00
{Dikembalikan setelah tiada hutang tertunggak}

8.
a.

b.
DEPOSIT-DEPOSIT LAIN
AIR

ELEKTRIK
}
} RM 100.00
{Dikembalikan setelah tiada bil-bil tertunggak.}





LAMPIRAN B


KAWASAN PREMIS TERSEBUT

(Dinyatakan jika perlu sahaja)






- TIADA-




























LAMPIRAN C



SYARAT-SYARAT KHUSUS


(Premis Untuk Tujuan Perniagaan)





- TIADA –


































SEBAGAI MENYAKSIKAN kedua-dua pihak menurunkan tandatangan / mohor rasmi masing-masing pada hari dan tahun yang tertulis pada muka perjanjian ini diperbuat.



Ditandatangani oleh )

Untuk dan bagi pihak: )





Dihadapan:

Tandatangan :
Nama Penuh :
No. K/P :
No. Tel. :



Ditandatangani oleh )

Untuk Dan Bagi Pihak PENYEWA: )





Dihadapan:

Tandatangan :
Nama Penuh :
No. K/P :
No. Tel. :